-SEBAIK SAJA MENGETAHUI NAJIB RAZAK AKAN BAKAL MENJADI PM MENGGANTIKAN PAK LAH, ANWAR IBRAHIM TERUS BINGKAS MEMBUAT PELBAGAI RANCANGAN UNTUK MENGHALANG NAJIB DARI BERBUAT DEMIKIAN & SALAH SATU DARIPADA RANCANGANNYA TERMASUK CUBAAN ANWAR UNTUK "MENYUSUP" BALIK MASUK KE DALAM PARTI UMNO-
"Apabila saya mengesyorkan kepada Anwar untuk melawan Najib secara "head-on" dalam Pilihan Raya Umum (PRU), Anwar seakan-akan tidak begitu yakin untuk mencapai kemenangan melalui PRU," jelas Ezam lagi.
Dia turut mendakwa Anwar malah mengeluarkan kata-kata, "No..no, we cannot..I have worked with Najib before..Najib is a very smart guy..we have to stop him from becoming PM..we cannot allow him (Najib) to become PM..should he becomes PM, we are "finished"."
("Tak boleh..tak boleh..saya pernah bekerja bersama Najib sebelum ini..Najib itu seorang yang bijak..kita harus menhalangnya dari menjadi PM..kita tidak boleh membiarkannya (Najib) menjadi PM..sekiranya dia menjadi PM, "habislah" kita.")
"Apabila saya bertanya apakah tindakan seterusnya, Anwar mengarah saya untuk menjejaki seorang Kiyai (ulama) di Indonesia..jenuh juga saya mencarinya namun berjaya juga saya menemuinya (Kiyai tersebut) akhirnya dan terus mengatur pertemuannya dengan Anwar.
Seperti biasa, Anwar dengan mudah mendekati Kiyai tersebut (dengan perwatakan alimnya) dan dalam masa yang begitu singkat perhubungan mereka bagaikan anak dan bapa. Rupa-rupanya Kiyai tersebut yang mengenali Pak Lah (PM) secara peribadi dan Anwar dapat mempengaruhinya untuk bertemu dengan Pak Lah."
"MasyaAllah, mungkin kerana sifat "egonya", Anwar sampai boleh terlupa bahawa dia sendiri yang telah mengarah saya untuk mencari dan mengaturkan pertemuannya dengan Kiyai tersebut!," tambah Ezam dengan sinis.
"Dipendekkan cerita, kami bertiga kembali ke Malaysia dan sewaktu Kiyai tersebut menemui Pak Lah, saya dan Anwar berada di dalam kenderaan di luar kediaman rasmi PM. Anwar kelihatan gelisah sepanjang waktu kami menanti Kiyai tersebut."
"Sudah masukkah dia (Kiyai) ke dalam? Dah masuk ke dia?," tanya Anwar bertalu-talu kepada saya seolah ingin mengetahui dengan secara terperinci setiap pergerakan Kiyai tersebut.
"Akhirnya, saya sedar rupa-rupanya Kiyai tersebut sebenarnya telah di beri "misi" oleh Anwar Ibrahim untuk memujuk Pak Lah agar menerima Anwar kembali masuk ke dalam UMNO!..kerana ingin menghalang Najib menjadi PM tapi mujurlah Pak Lah tidak termakan tipu-helah rancangan Anwar..kalau tidak, tak tahu lah saya apa bagaimana keadaan kita masa kini."
.jpg)
"Saya sedar masyarakat di negeri Sarawak ini telah lama mengamalkan toleransi sesama kaum hidup bersama dalam keadaan aman damai dan ini telah mematangkan lagi saudara-saudari sekalian untuk menolak idealogi dan fahaman bertentangan dengan amalan dan budaya kita yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim dan ini jelas terbukti menerusi keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak tahun lepas."
-UnReportedNews™®
PS: Ada lagi... Nantikan Part IV dialog tertutup Ezam yang diadakan di auditorium pusat latihan LHDN di bandaraya Kuching ini pada hari Rabu yang lepas. Ezam tiba di sini untuk beristirehat bersama keluarganya selama empat hari di sini namun kesudiannya secara sepontan untuk melibatkan diri dalam beberapa siri program amatlah di hargai.
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®