Tuesday, 3 December 2013

OPERASI DAP TAWAN DUN MELAYU SARAWAK BERMULA?

-SELAIN TUPONG, ADA LAGI DUN MELAYU DI "TARGET" DAP SARAWAK? TAK TAU LER KALAU SEKADAR BERBORAK KOSONG, "PLACING" ATAU APA, PENYELARAS PUSAT KHIDMAT DAP TUPONG ABDUL AZIZ ISA MENGIYAKAN YANG DAP AKAN MELETAKKAN CALON MEREKA DI DUN MELAYU DALAM PRN YANG AKAN DATANG! YE KER NI JIS? KEKEKE!!!-

Ramai yang bertanya-tanya mengapa aku berhenti menulis di blog dalam dua minggu ni, terimakasih atas kepwrihatinan rakan-rakan hingga ada yang membuat panggilan talipon cuma aku ader tugasan-tugasan peribadi yang harus aku selesaikan dan alhamdullillah ianya telah dapat ku sempurnakan dengan jayanya.

Berbalik kepada tajuk entri di atas, sepanjang persidangan DUN Sarawak yang lepas, selain menjalankan tugasan sebagai wartawan, aku telah banyak menghabiskan masa "berbual-bual kosong" dengan Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa, yeler, nak memahami mengapa jiwanya begitu "sesat" dengan DAP..

Aziz, yang juga merupakan pembantu khas ketua DAP Sarawak Chong Cheng Jen, tanpa menyatakan secara spesifik memberi gambaran (mungkin di baca mengikut skrip yang dibuat oleh bosnya kot?) kepada aku yang selain dari DUN Tupong, DAP mungkin akan meletakkan sekurang-kurangnya seorang lagi calon DAP Melayu di kawasan DUN Melayu dalam PRN yang akan datang..

Mungkin "game" tahap tadika Aziz ni yang sengaja nak menimbulkan "kerisauan" dikalangan pemimpin BN Sarawak ataupun sekadar  saja-saja jer namun persoalan yang timbul sekarang, adakah lagi manusia serupa Aziz ni, yang sanggup mengkhianati bangsa dan agama di Sarawak nih sehinggakan sudi dijadikan calon DAP?

Benar ataupun tidak, sepatutnya perkara ini dijadikan sebagai peransangan kepada pemimpin-pemimpin BN Sarawak, khususnya yang mewakliki kaum Bumiputera agar bekerja dan mendekati masyarakat dengan lebih gigih lagi.

Pesanan buat Aziz, aku yakin majoriti masyarakat Melayu Sarawak akan menolak DAP kerana banyak contoh mengenai "kebaikan, keadilan dan keperihatinan" DAP telah diperlihatkan, lebih-lebih lagi kepada pengundi-pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia yang telah "tersalah" menberi sokongan dalam PRU lepas dan kini mulai menyesali akan pilihan mereka itu..

Oh ya, satu perkara lagi, tak perlulah Aziz nak berterimakasih kepada UnReportedNews™® yang beliau dakwa telah men"glamour"kan beliau kerana bagi aku, "apalah ertinya dikenali orangramai hanya untuk dibenci dan dicop sebagai pengkhianat bangsa dan agama"!

PS: UnReportedNews™® dulu telah memberi amaran awal yang DAP akan "menyerang" Baitulmal namun sadisnya bagaikan tidak dipedulikan dan buat entri terkini ini .. terpulanglah kepada kebijaksanaan pemimipin-pemimpin BN Sarawak untuk menilaikannya .. Wasssallam.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Salam sdr admin.

    Isu yg lebih besar yg boleh diwar-warkan ialah bagaimana nak "serang" DAP yg kian ligat dgn "go rural".Petra Jaya pun "diletak dlm lingkup rural".DAP tak peduli pun pengertian "rural".Mereka tersasul agaknya - tak tahu bezakan "rural" dgn "remote".Rural erti pedalaman (bukan pen dalaman),jauh dan sukar utk diakses.Contohnya,pedalaman ulu Belaga hanya ada sungai sbg asas pengangkutan.

    "Remote" bermaksud tempat jauh TETAPI masih dpt dihubungi dgn jalan.Contohnya,Borneo Hieght di kawasan Padawan.Jauh tetapi ada jalan,pengangkutan ok.

    Maka "DAP go rural" adalah istilah yg kurang tepat.Ia memperlihatkan pemikiran DAP yg bercelaru.DAP mana pernah pergi ke ulu Baram dan Belaga jika tiada isu utk dipolitikkan.

    Eloklah admin fokus juga dgn usaha2 kerajaan dlm program2 memperkasakan sosioekonomi Melayu dan bumi Sarawak dlm post yg mendatang.(I always believe that a capable journalist can contribute to our state's development.)

    sekadar pandangan 50sen drp marhaen..

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List