Thursday, 15 August 2013

PEMANDU NAK JADI POLIS KE ATAU SAJER-SAJER NAK MELANCUNG?

-BETUL GAK YA, KALO BETUL-BETUL NAK STUDY KEADAAN "GANGSTER" KAT RANTAU NI, WUSHA LER SAMSENG-SAMSENG KAT SELATAN THAILAND KER,  PENDALAMAN SELATAN FILIPINA KER .. TAK PAYAH LER NAK GI KE BANDARAYA-BANDARAYA ELITE LAIN DI DUNIA .. NAK "MINUM SAMBIL MENYELAM" KER? KEKEKE!!!-

Inilah yang orang putih kata sebagai "Turning garbage into GOLD" atau "Exploiting MISFORTUNE to become your ADVANTAGE". Orang lain yang kena tembak MATI, orang lain pula yang dapat peruntukan berjuta-juta RM makan angin ke luar negara.

Tolong jangan hendak menghalalkan OVERSEA TRIP PEMANDU sebagai usaha untuk membanteras jenayah di negara ini. Apakah jenayah berat yang berleluasa ketika ini dilakukan oleh penjenayah atau kumpulan samseng yang sama dari negara luar? Kalau betul hendak belajar menangani jenayah berat di negara ini, jawapan yang perlu dicari nanti bukanlah di Switzerland, France, London atau Milan, tetapi formulanya boleh ditemukan di daerah terpencil Mexico, Selatan Thai atau pedalaman selatan Filipina. Lagi pun, kos ke sana lebih murah dan hotel penginapan pun tidak semahal mana.

Ada BERANI? Kalau tidak, duduk sahaja di Malaysia dan buat makmal macam biasa. Hasilkan formula dan nasihat atau arah sahaja Menteri SENIOR bertanggungjawab yang tidak dilibatkan dari mula. Tengok sama ada beliau hendak dengar atau tidak nanti.

Persoalannya, apakah kelayakan PEMANDU untuk mencari formula menangani jenayah berat yang berleluasa ketika ini? Adakah mereka yang sedang "berperang" 24-7 di luar sana dengan penjenayah bagi memastikan keadaan tidak menjadi lebih buruk? Dan adakah TRIP luar negara itu dapat menemukan punca permasalahan untuk menjadikan Malaysia lebih aman dan selamat?

Sepenuhnya di MyMASSA (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List