Tuesday 22 November 2011

HARIMAU MUDA MALAYA SIMPLY THE BEST, THRASHED INDONESIA IN SEA-GAME FINAL AT INDON'S OWN TURF

-Skuad Harimau Malaya sungguh membanggakan..nyata terbaeekk-

WALAUPUN dihina, dicaci, dimaki, dikasari, dicemuhi dan diprovokasi, pasukan Harimau Muda Malaya tetap cekal dan ternyata lebih matang dan mantap daripada pasukan bolasepak Indonesia baik dari segi mental dan fizikal.

Pastinya denyutan jantung setiap rakyat MALAYSIA terhenti  berdengup seketika di saat kedua pasukan berhempas pulas dalam sesi tendangan penalti untuk menentu juara pemenang pingat emas dalam Sukan SEA selepas seri 1 sama setelah masa penuh permainan dan juga masa tambahan.

Beberapa ketika sebelum mereka mula mengambil tendangan tersebut, hati kecil saya berkata, kalah menang MALAYSIA dalam sesi tendangan penalti itu, saya tetap akan berpuas hati dan bangga kerana sikap pasukan kita telah menunjukkan setiap daripada mereka tiada kenal erti KALAH atau PUTUS ASA.

Saya bukannya seorang penulis atau pemerhati sukan tetapi saya dapat saksikan prestasi, skill & kualiti para pemain MALAYSIA dalam perlawanan malam tadi amatlah begitu menyerlah dan mengkagumkan.

Stadium 'keramat' Gelora Bung Karno yang di penuhi lebih dari 100,000 orang penonton seolah-olah kaku dan terus menjadi 'sepi' seperti kehilangan 'suara atau gema' apabila tendangan penalti terakhir yang di sempurnakan oleh Kapten skuad Harimau Baddrol Bakthiar mencecah jaring gol Indonesia.

'Suara sokongan penonton' Indonesia yang selama ini telah menjadi 'senjata perang saraf' mereka terhadap setiap mana-mana pasukan lawan yang bermain di negara mereka nampaknya tidak memberi sebarang kesan langsung pada skuad kita yang kebanyakkannya adalah pemain-pemain muda.

Ternyata dendam kesumat pasukan bolasepak Indonesia selama hampir dua dekad itu untuk mengalahkan Malaysia pada peringkat Sukan SEA terpaksa dilanjutkan atau ditangguh ke Sukan SEA yang lain pada masa hadapan.

Ucapan tahniah juga buat jurulatih Ong Kim Swee kerana kejayaan yang begitu bermakna ini pada setipa rakyat MALAYSIA, tidak lupa juga KETIGA-TIGA pengadil yang bertugas dalam perlawanan tersebut kerana bersikap ADIL dan professional ketika mengendali perlawan malam tadi.

HARIMAU MUDA MALAYA-5 INDONESIA 4 (Full time:1-1, Extra time:1-1)

Please brace and accept my apology on this article as its my first writing in Bahasa Malaysia, thank you.


Just a thought: The government should consider in changing or national football squad's name to Harimau Muda Malaysia. As I arrived at Kuching International Airport last night, mass of people (I believed whom were Sarawakians-of course) camped and flooded all the coffee-shops & cafes along the road leading my in'law's house, they were shouting and chanting MALAYSIA as watching the football match on the big flat screen TVs so its not fair for us in Sabah & Sarawak because we also APART of the team unless the otherwise, of course. MALAYA is actually the previous name of Semenanjung Malaya before the formation of Malaysia.


-UnReportedNews™®

3 comments:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List