Thursday 15 August 2013

SITUASI SEBEGINI YANG ANWAR MAHUKAN, KAN?

-BERATUS TERBUNUH SEMENTARA RIBUAN TERCEDERA DALAM PERTEMPURAN PENUNJUK PERASAAN DENGAN TENTERA & POLIS DI MESIR! BERINGAT SEBELUM TERKENA SEBAB KALO DAH TERJADI, MENANGIS SAMPAI SATU BULAN PUN TAK GUNE BEB! KEKEKE!!!- 



Lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi.

Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah.

Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak.

Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka. (sumber)  

PS: Kepada pengikut-pengikut Anwar, jangan diperbodohkan oleh Anwar lagi kerana situasi sebegini boleh terjadi didalam negara kita juga gara-gara kerana dia meroyan nak jadi PM!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List