Monday 24 June 2013

ANWAR AKAN "MENIPU" LEBIH DARI LIMA JUTA PENYOKONGNYA HARI INI?!

-APA LAGI KO NAK BUAT ANWAR? SEKEJAP CAKAP TAK NAK ANGKAT SUMPAH PARLIMEN, PASTU NAK! APA-APAPUN POLIS KAN MENGAWAL KETAT PROSES ANGKAT SUMPAH PARLIMEN HARI NI! KEKEKE!!!-

Setelah "berhempas pulas" menentang keputusan PRU-13, akhirnya Anwar "akur" menerima kekalahannya dengan mengangkat sumpah sumpah Parlimen hari ini.

Jadi apa yang sebenarnya yang diperjuangkan penyokong-penyokong fanatiknya selama ini?

Apakah Anwar "memperbodohkan" penyokong-penyokongnya lagi?

Apa pun rancangan Anwar kepada penyokong-penyokongnya hari ini, mereka mesti berfikir dua kali agar tidak akan "tertipu" lagi oleh Al Abu Nawas Al Anwar!

Fikir dua kali beb! Polis akan mengawal ketat Parlimen dan setiap pesalah akan menerima akibatnya! Baca bawah ni!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat kawalan ketat bagi memastikan proses mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Parlimen pada Isnin berjalan lancar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dipetik Bernama sebagai berkata walaupun Parlimen merupakan tempat bebas untuk orang awam, namun pihaknya tidak mahu sebarang keadaan yang boleh menyukarkan anggota Parlimen memasuki kawasan itu.

"Jadi sudah semestinya kita akan memastikan anggota Parlimen yang hendak mengangkat sumpah esok akan diperhatikan pergerakan mereka agar tidak diganggu oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas kempen kesedaran jenayah di sini, Ahad.

Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen esok.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 16 hari mulai esok hingga 18 Julai, dan Dewan Negara selama sembilan hari mulai 25 Jun dan disambung pada 22 Julai hingga 1 Ogos.

Sementara itu, Khalid berkata selain Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan seorang bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), tiada tangkapan lain berhubung kesalahan menghasut mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Beliau menasihatkan orang ramai agar berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang berunsur hasutan serta boleh mengugat keselamatan dan keamanan negara.

"Sebelum inipun saya pernah bercakap janganlah mengeluarkan fatwa-fatwa yang mungkin merunsingkan orang ramai, yang boleh membuat rakyat keliru, jadi sudah semestinya akan ada tindakan yang akan diambil.

"Jadi mereka (Husam dan bekas mahasiswa Uitm itu) akan disyorkan dituduh di bawah Akta Hasutan. Tempoh tahanan (reman) ini untuk memudahkan kita menjalankan siasatan serta mengemaskinikan kertas siasatan sebelum kita kemukakannya kepada pihak Peguam Negara," katanya.

Semalam, Husam, 54, ditahan pada 4 petang di Kampung Pandan, Ampang, Selangor oleh polis Bukit Aman sebelum dibawa ke Kota Baharu berhubung kenyataan 'mati syahid' di Kelantan baru-baru ini.

Bekas mahasiswa Uitm yang berusia 23 tahun pula ditahan pada 5.30 petang di depan rumahnya di Klang, Selangor berhubung kenyataan di laman blog beliau yang cuba menghasut untuk menyerang pasukan keselamatan pada perhimpunan haram anjuran pembangkang di Padang Merbok.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List