Monday 24 June 2013

BLACK505: SIAPA YANG "BERKONGSI" KHEMAH DENGAN ANWAR MALAM TADI?

-JAWAPANNYA TIADA! SEBAB ANWAR KEENAK-ENAKKAN TIDOR DI ATAS TILAM EMPOK SAMBIL BERMIMPI AKAN MENGANGKAT SUMPAH PARLIMEN! "SAYA MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI PERDANA MENTERI ... EH .. AHLI PARLIMEN BAGI PENGGAL PARLIMEN YANG KE-13." KEKEKE!!!-

Cuba bayangkanlah, jika Anwar sendiri yang sanggup berkhemah bersama peserta-peserta Black505 yang lain malam tadi ye.

Nak dijadikan cerita, Datin Seri tidak dapat berdemo bersama di sana, yeler, pagi-pagi ni nak berkemas, bersolek cantik-cantik sebab nak pergi Parlimen tengok anak & suami angkat sumpah le katakan.

Agak-agak korang siapa yang akan dipilih beliau untuk berkongsi khemah ye? 

Azmin? Chegubard? Rafizi? Karpal? Tian Chua? Guan Eng? Kit Siang? Pandai-pandailah pembaca buat tekaan sendiri ye! Kekeke!!!

Okay, ini berita terkini Black505: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat laporan polis meminta agar polis bertindak mengusir peserta perhimpunan yang masih berkhemah di Padang Merbok, di sini.

Menteri Wilayah Persekutusan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dipeti Bernaman sebagai berkata laporan polis itu dibuat susulan mesyuarat antara pihaknya dan DBKL pada pukul 5.30 petang Ahad.

"Tindakan mereka ini satu kesalahan. Kita dah beritahu mereka tak boleh berhimpun di situ, mereka boleh berhimpun di Stadium Merdeka, tapi mereka degil, jadi kita minta polis bertindak mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat enam keluarga mangsa kebakaran di Kampung Padang Balang, di sini..

Katanya, tindakan tegas terpaksa diambil kerana penyokong pembangkang ternyata terlalu keras hati dan dikhuatiri menimbulkan kekecohan sebagaimana insiden dua penguat kuasa DBKL dikasari semalam.

Menurut Tengku Adnan, perbuatan kumpulan penyokong pembangkang itu juga menambah beban tugas DBKL yang terpaksa membersihkan kawasan berkenaan selepas ini.

Sementara itu, bilangan mereka yang berkhemah di Padang Merbok di sini, bertambah malam ini walaupun ibu negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Tinjauan Bernama pada pukul 10 malam tadi mendapati 50 khemah didirikan dengan kira-kira 200 orang termasuk anak kecil berhimpun di kawasan itu.

Pada pukul 4 petang tadi hanya terdapat 30 khemah di situ berikutan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis meminta mereka mengosongkan Padang Merbok pagi tadi.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List