Monday 24 June 2013

TERKINI BLACK505: KUMPULAN PENUNJUK PERASAAN MULA BERKUMPUL DI HADAPAN PARLIMEN

-SKRIP "DRAMA" NUKILAN ANWAR KINI MASUK BABAK YANG KETIGA: TUNJUK PERASAAN DEPAN PARLIMEN & MENYERAH MEMORANDUM MENGENAI ISU SPR, SELEPAS BABAK PERTAMA: HIMPUNAN BLACK505 MENENTANG KEPUTUSAN PRU-13 & BABAK KEDUA: BERKHEMAH DI PADANG MERBOK! IRONINYA, PENYOKONGNYA MEMBANTAH KEPUTUSAN PRU-13 APASAL NUAR & THE GANG SANGGUP MENGANGKAT SUMPAH PARLIMEN PULAK? KEKEKE!!!-

Sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkumpul di depan Parlimen menjelang upacara angkat sumpah anggota Parlimen.

Laporan mStar menyatakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat berada disepanjang laluan masuk ke Parlimen bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, penganjur menasihatkan kumpulan tersebut untuk duduk di laluan pejalan kaki.

Mereka mahu menyerah memo mengenai isu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Perdana Menteri.

Segak betul Nuar ari ni time masuk Parlimen tadi tapi, ader ker dia
mengenangkan apa yang diperjuangkan oleh pengikut-pengikutnya di luar
Parlimen sana tu ye? Kekeke!!!
Kumpulan tersebut membawa sepanduk yang menuntut panel SPR supaya meletak jawatan dan mengenai isu kematian tahanan dalam lokap.

Anggota Parlimen dari kedua-dua parti dilihat mula memasuki Parlimen.

Sementara itu, beberapa aktivis yang berkhemah di Padang Merbok sejak Sabtu lalu mula berarak menuju ke Parlimen.

Sementara itu, Bernama melaporkan tiada lagi khemah para penyokong perhimpunan 'Black 505' kelihatan di Padang Merbok di sini, pagi Isnin dan jumlah penyokong juga berkurangan sekali ganda kepada hanya 100 orang.

Abang-abang polis berdemo jugak? Ooo, berkawal. Selamat Bertugas semua
Berbanding pada Ahad, terdapat seramai 260 penyokong berhimpun di padang itu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard berkata kesemua khemah telah dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan dibantu polis pada 4.30 pagi.

"Kami yang tinggal di sini hanya berlapikkan kain rentang dan kotak. Tindakan lanjut akan diumumkan selepas ini," katanya.

Pada Ahad, DBKL mengarahkan peserta perhimpunan itu menanggalkan khemah mereka kerana tindakan mendirikan khemah di tempat awam, menyalahi Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 iaitu berkumpul tanpa permit dan kesalahan mendirikan khemah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List