Friday, 4 January 2013

DEEPAK TEMPELAK ANWAR AGAR JANGAN JADI "PENAKUT"!

-BANG ANU MANA ADA TELOQ DEEPAK .. SELAMA NI PUN DIA BERANI TIBAI JER .. BINI ORANG, CHINA DOLL, OMEGA .. KAN SEMUA ISU-ISU TU BELUM TERJAWAB! KEKEKE!!!-
 
Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan kecewa dengan tindakan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak berani tampil kehadapan membantunya walaupun beliau telah melakukan beberapa pendedahan sebelum ini.
 
Deepak turut kecewa dengan sikap Anwar yang didakwa mempergunakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk menyampaikan perkara itu.

"Saya sangat menghargai media yang menyokong saya tetapi saya tidak nampak perkara ini daripada pembangkang.

"Saya telah memaklumkan minggu lalu hasrat agar Anwar tampil menyokong saya secara terbuka dan tidak menggunakan platform 'penafian' tidak pernah berjumpa dengan saya.

"Malangnya beliau tidak tampil kehadapan malahan menggunakan Rafizi sebagai orang tengah, dan saya tidak menghargai tindakan ini," katanya.

Beliau turut berkata sekiranya Anwar jujur dan ikhlas, beliau tidak seharusnya meletakkan Rafizi sebagai perantara dan membiarkan Pengarah Strategi PKR itu melakukan pendedahan dokumen-dokumen bukan miliknya.

"Saya mahu Anwar berani tampil kehadapan," tegas Deepak.

Ahli perniagaan permaidani ini menambah beliau kecewa dengan sikap Anwar yang tidak berani tampil kehadapan dan bersuara.

"Kebenarannya adalah Anwar pernah berjumpa dengan saya. Kebenaran mengenai apa yang telah diperbincangkan. Apa yang telah dirancang. Apa perancangan saya sepertimana yang telah dibincangkan.

"Anwar perlu meletakkan kepentingan politik disebelah dan bercakap benar," katanya.

Ditanya pemberita mengapa beliau melakukan pendedahan ini, beliau berkata "Ya, pada masa itu mereka (pembangkang) menyokong saya. Namun apabila Rafizi membuat pendedahan tersebut, mereka mulai menjauhkan diri dan ini bukanlah persetujuan asal.
 
Beliau turut mendakwa kedua-dua pihak melakukan perbincangan dan khidmat guaman PKR diberikan sebagai pertolongan. Walaubagaimanapun Deepak berfikir adalah terlalu sukar bagi seorang 'ahli politik yang jujur' untuk menanggung beban ini bersama-sama.

"Saya amat terkejut. Pertamanya saya tidak menyukai cara Anwar berselindung dibelakang Rafizi dan dalam pada masa yang sama menggunakan Rafizi untuk menyerang saya kembali.


"Keduanya jika mahu melakukan pendedahan tersebut (dokumen-dokumen yang didakwa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong bernilai RM13 juta), ianya harus berdasarkan fakta yang betul dan berdasarkan kepada kebenaran," katanya.

Deepak turut memberitahu beliau menjemput Anwar untuk bersamanya dalam perkara ini namun Ketua Pembangkang itu disifatkan sebagai banyak berdolak-dalik untuk bertemu dan menyokong pendedahan yang dilakukannya.

"Pada awalnya, sewaktu saya bertemu dengan Anwar selepas kes perbicaraan berlangsung, Anwar menafikan beliau pernah bertemu dengan saya. Dan saya amat kecewa dengan penafiannya.

"Saya akan melakukan (pendedahan ini) mengikut cara saya. Saya tidak akan menjemput lagi penakut. Apa yang boleh saya lakukan, jika seseorang itu penakut maka beliau tetap akan menjadi penakut," katanya.

Ditanya pemberita mengenai pertemuannya dengan Ketua Pembangkang itu, Deepak berkata "Saya bertemu dengannya pada malam 28 November, sehari sebelum saya tampil di mahkamah.

"Anwar baru sahaja kembali dari Jakarta. Kami berjumpa di sebuah rumah kenalan," katanya.

Deepak turut memberitahu beliau telah menjemput semua pihak termasuk dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk membantunya dalam melakukan pendedahan.
 
Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List