Friday, 4 January 2013

MCA IKHLAS LEPASKAN KERUSI TEWAS KEPADA PARTI KOMPONEN BN LAIN

-SIKAP YANG TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI, MENYEDARI "KEMAMPUAN" SENDIRI SERTA MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN BARISAN NASIONAL YANG DITUNJUKKAN MCA IN WAJAR DI CONTOH OLEH PARTI-PARTI KOMPONEN YANG LAIN KHUSUSNYA DI NEGERI SARAWAK!-
alt
Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong hari ini berkata MCA bersedia untuk melepaskan kerusi tradisi kepada parti kompenan lain jika cara itu dapat menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Namun, keputusan akan diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tidak menolak jika kemungkinan berlaku percaturan sama ada pengurangan atau pertambahan kerusi.
 
"Tidak semestinya bertukar dan kemungkinan akan berlaku pertambahan, ini secara logiknya. Saya tidak boleh katakan sekarang. Jika MCA mempunyai peluang, kita ada kekuatan, mengapa tidak.. begitu juga keadaannya dengan parti lain.
 
"Itu terpulang kepada pucuk pimpinan untuk tambah atau tukar dan bergantung kepada keadaan," katanya.
 
Sebelum ini Soi Lek juga menyatakan kesediaan parti itu untuk melepaskan kerusi tradisi yang ditandingi kepada parti komponen dan tidak akan menuntut mana-mana kerusi jika parti itu tidak berpeluang menang.
 
Dalam pada itu, Ka Siong berkata, MCA kini telah 95 peratus bersedia menghadapi PRU yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
 
Katanya, MCA tidak terjerat dengan keyakinan melampau, meskipun optimis BN mampu menawan kembali negeri-negeri yang kalah.
 
Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List