Friday 2 August 2013

ANAK PERCAYA PEMBUNUHAN NAJADI ADA KAITAN WANG DANA TOKONG!

-PEMBUNUHAN HUSSAIN AHMAD NAJADI DI RANCANG, KATA ANAKYA YANG KINI BERADA DI MOSCOW, RUSSIA SAMBIL MENEGASKAN TIDAK AKAN KEMBALI KE MALAYSIA SELAGI SASPEK PEMBUNUH AYAHNYA DI TANGKAP!-

Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, demikian dakwa anaknya.

Pascal Najadi menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanahsebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawa bapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.

Beliau berkata, bapanya menjadi orang tengah untuk tokong berkenaan dan sekumpulan orang yang beliau katakan 'seseorang' yang meminta wang dari dana amanah tokong itu.

"Bapa saya merupakan perunding antara dua pihak. Tidak ada perjanjian hartanah yang gagal dalam pembunuhan bapa saya kerana syarikat kami tidak terlibat dalam urusan itu," katanya kepada Bernama melalui telefon dari Moscow, Rusia.

Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan tokong tersebut yang terletak di Lorong Ceylon di sini.

Pada Rabu, polis mengeluarkan gambar yang disyaki sebagai suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan menahan seorang pemandu teksi berumur 44tahun yang membawa suspek meninggalkan tempat kejadian.

Pascal, 45, yang memegang kerakyatan Swiss dan British berkata semasa rundingan pada Isnin itu, bapa beliau bertegas tidak membenarkan sebarang pihak mengambil dana amanah tokong itu kerana ia merupakan wang tokong berkenaan.

Jurubank itu berkata, jawatankuasa tokong telah memberitahunya bahawa suspek yang menembak bapanya sedang menunggu bapanya sebelum perjumpaan berlangsung.

Bapanya berminat untuk melindungi tokong itu sejak 2008 sementara Chong merupakan salah seorang anggota jawatankuasa itu.

Bimbang bahawa polis belum lagi menahan pembunuh bapanya, Pascal berkata: "Saya tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapa saya ditangkap." 

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Salam perjuangan. Blog anda telah dilinkkan ke blog kami.

    www.penaminangreturn.blogspot.com

    Komen ARTIKEL :

    Polis dah malas buat kerja. Sebab penjenayah hari ini dah dianggap hero oleh 'Rakyat'. ISA dah tak ada, E.O dah mansuh. Harap2 ada laa dikalangan kempimpinan mereka 'terkena' hasil dari desakan mereka.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List