Tuesday 19 January 2016

PAS Sarawak Harus Berpijak Di Bumi Nyata, Jangan Nak Salahkan BN Sahaja


Dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak Mohd Shokri Ahmad Fauzi seharusnya berpijak di bumi yang nyata.
 
Mohd Syokri sepatutnya menyedari kelemahan PAS sendiri bukannya menunding jari menyalahkan Barisan Nasional (BN) akibat kegagalan mereka (PAS) untuk mendapat sekurang-kurangnya satu kerusi di negeri ini.

Dalam kenyataan medianya semalam, beliau mendakwa, disebabkan takutnya BN kepada PAS, kawasan terpinggir luar bandar iaitu Beting Maro, semua pemimpin BN turun padang berkempen pada PRN lepas dan sekiranya calon PAS menang di situ, seolah-olah kiamat kecil kepada pimpinan BN.

Hebat betul PAS sekarang, sehingga mereka pun boleh mencipta "kiamat" mereka sendiri dan apakah Syokri lupa, pemimpin PAS Pusat dan pembangkang lain pun turut turun ke Sarawak membantu pembangkang berkempen?
 
Hakikatnya, kemenangan BN adalah disebabkan oleh kekuatan BN Sarawak dan ianya disumbang oleh kelemahan PAS negeri ini yang nyata gagal membangkitkan isu-isu yang relevan serta memberi kepercayaan kepada pengundi pada PRN yang lepas.
 
Syokri juga bagaikan bermimpi apabila mendakwa, "PAS hari ini ujarnya, bukan lagi sebuah parti yang dominan di kawasan tertentu atau untuk golongan tertentu sahaja, tetapi merupakan parti ‘arus perdana’, berupaya memenangi pilihan raya meskipun bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara."
 
Apakah beliau lupa kemenangan PAS yang beliau dakwa dimana-mana kawasan seluruh negara sebelum ini disebabkan kerana sokongan DAP?
 
Dan pada PRN kali ini, DAP tidak akan bekerjasama lagi dengan PAS, malah PAS kini telah berpecah dua dengan terciptanya Parti Amanah Negara (Amanah) pimpinan Mohamad Sabu.

Cammonlah Syokri..bangunlah dari tidur... -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List