Monday 18 January 2016

Laluan Pembangkang Sarawak Pada PRN11 Semakin Sukar

 
Belum reda lagi orang berbicara tentang keperihatinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem terhadap kebajikan rakyat apabila memansuhkan tol, Adenan kini pula merancang menurunkan kadar cukai taksiran hartanah di negeri ini.   

"Walaubagaimanapun, perkara itu masih dalam kajian di mana pelaksanaannya adalah bergantung kepada peruntukan yang diperolehi kerajaan negeri daripada kerajaan pusat," katanya sambil menambah, beliau akan berunding dengan kerajaan pusat untuk menambah peruntukan negeri dan kalau ini berjaya, saya mahu menurunkan cukai taksiran hartanah.
 
Biarpun belum sampai dua tahun Adenan memimpin Sarawak, banyak perkara yang beliau telah laksanakan khususnya bagi meringankan beban rakyat negeri ini dalam tempoh tersebut.
 
Sekiranya berjaya (menurunkan kadar cukai taksiran hartanah), ianya pasti akan membuat laluan pembangkang di Sarawak semakin sukar untuk mendapat sokongan pengundi pada PRN11 yang akan datang.
 
Ditambah dengan kemelut pertindihan calon pada kerusi yang dipertandingkan, pembangkang negeri ini seolah tiada isu yang hendak diketengahkan, pembangkang sudah pastinya akan cuba membawa isu-isu nasional untuk dijadikan bahan kempen. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List