Wednesday 13 May 2015

Sarawak Di Mata Dan Hati Najib (Bahagian II)


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah di antara Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia yang paling kerap melawat Sarawak.

Kekerapan Najib mengadakan lawatan ke Bumi Kenyalang ini telah mendorong Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu membuat satu peta khas, khusus untuk menandakan kawasan pada setiap lawatan beliau (Najib) ke sini.

Sehingga hari ini, menurut peta yang telah direkod oleh Jabu, Najib telah menjelajahi lebih 50 peratus dari negeri Sarawak dan pencapaian ini sememangnya tidak pernah dicapai oleh mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

Mungkin terdapat golongan yang beranggapan Najib berbuat demikian hanya untuk "mengambil hati" rakyat Sarawak kerana Sarawak bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun depan namun, prasangka tersebut nyata meleset sama sekali kerana Perdana Menteri Malaysia ke-enam ini sememangnya telah mula memberi perhatian kepada sebaik sahaja mengambil tampuk pimpinan pada 3 April 2009 lagi.

Bagi penulis, Najib adalah di antara Perdana Menteri Malaysia yang paling banyak melaksanakan dasar atau polisi serta peruntukkan bagi menambahbaikkan kesejahteraan dan keselesaan rakyat Sarawak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan tidak pernah lupa untuk memberikan peruntukkan khusus untuk negeri Sarawak dan pada Bajet 2015, beliau dilihat telah mengfokuskan kepentingan rakyat Sarawak, khususnya di luarbandar.

Selain peruntukan sebanyak RM27 bilion untuk membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer, beliau juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM70 juta ringgit untuk subsidi padi bukit dan RM262 juta ringgit bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak.

Najib juga telah mencadangkan peruntukan bagi pembinaan klinik kesihatan di Lubok Antu, penubuhan tiga Kedai Rakyat 1Malaysia yang baharu dan peruntukan bagi Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Sarawak.

Bajet 2015 juga menyaksikan kerajaan telah menetapkan bahawa liputan bekalan air dan juga bekalan elektrik kepada Sabah dan Sarawak akan dipertingkatkan dari masa kesemasa.

Kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin akan turut dilaksanakan di mana kerajaan akan membina dan membaikpulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung tahun 2012 di seluruh Malaysia.

Keperihatinan Najib kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sarawak telah menjurus kepada sokongan padu dari Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dan barisan kabinet negeri Sarawak terhadapnya.

"Kita (Barisan Nasional Sarawak) akan kekal teguh di belakang Najib meskipun dalam apa situasi pun," tegas Adenan, yang juga Presiden BN Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu telah secara terbuka memberi sokongan terhadap kepimpinan Najib.

Senada dengan Adenan adalah Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan sebagai berkata, rakyat harus ingat bahawa Najib dipilih seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri menerusi sistem demokrasi dan diberi mandat memimpin negara.

"Biarlah beliau (Najib) mentadbir negara ini dengan aman dan mereka yang mendesaknya letak jawatan mesti ingat agar tidak hanya membataskan pemikiran dalam kalangan mereka dan anda perlu juga ingat Najib turut dipilih oleh rakyat Sarawak untuk memimpin negara bukan hanya rakyat di Semenanjung Malaysia. Jadi kami menyokong Perdana Menteri sekarang," katanya lagi. - Sarawakiana 


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List