Wednesday 13 May 2015

Ops Gergaji Bersepadu Sarawak: Lebih RM560 Juta Dibekukan


Ops Gergaji, satu operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan dan penebangan hutan secara haram di Sarawak serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak telah diadakan pada hari ini (12 Mei 2015) mulai jam 9.30 pagi.

Operasi bersepadu yang melibatkan sekurang-kurangnya 400 orang pegawai dan anggota dari Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak ini diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia termasuklah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Serbuan telah dilakukan secara serentak ke atas 48 lokasi yang disyaki berlakunya perbuatan rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan dan kilang papan di Sarawak. Serbuan ini adalah hasil daripada siasatan yang terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh oleh SPRM bersama agensi-agensi yang terlibat. (Baca sepenuhnya) -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List