Sunday, 29 May 2016

Kenapa Tak Ambil Tindakan Semasa Jadi Menteri, Tanya Wan Junaidi Kepada Palanivel


LANGKAWI: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menempelak Datuk Seri G. Palanivel kerana tidak melakukan apa-apa semasa masih memegang jawatan menteri di kementerian tersebut dalam mengatasi masalah penerokaan haram di Cameron Highlands.

Katanya Anggota Parlimen Cameron Highlands itu memegang portfolio berkenaan lebih lama berbanding beliau sendiri dan tidak sepatutnya membuat dakwaan yang tidak berasas berhubung kegiatan haram itu.

"Saya kecewa juga Palanivel (yang selama) dua tahun menjadi menteri (Sumber Asli dan Alam Sekitar). Saya baru lapan bulan. Kenapa tak buat (sesuatu semasa masih menjadi menteri). Sekarang baru pandai-pandai nak bercakap," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Palanivel pada Jumaat lepas yang mendakwa penerokaan haram di Cameron Highlands sukar diatasi kerana kegiatan itu didalangi oleh ‘individu atau kumpulan berpengaruh’.

"Kalau dia (Palanivel) ada maklumat yang terperinci tentang orang-orang yang berkenaan (dengan dakwaan mendalangi penerokaan haram itu) hantar surat, beritahu saya," kata Wan Junaidi lagi. (Bernama) -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List