Sunday 3 June 2012

KALAH DEBAT DI DUN, DAP SARAWAK NAK DEBAT LAGI?

-TREND TERKINI- "BERDEBAT", HANYA SATU STRATEGI PEMBANGKANG MENGELIRUKAN RAKYAT? HANYA MEMBUANG MASA JIKA DI LAYAN?-


Selepas debat Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli yang diadakan pada minggu lepas, DAP Sarawak kini cuba menggunakan paltform yang sama untuk dibawa ke Sarawak dengan mencabar PBB Sarawak untuk berdebat.


Kesungguhan itu terbukti apabila DAP Sarawak telah menghantar surat pelawaan debat di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako. Ini juga susulan dengan kenyataan DAP Sarawak bahawa persaingan politik kini bukan DAP dengan SUPP sebaliknya DAP dengan PBB. Ini kerana menurut pandangan DAP Sarawak, SUPP kini sudah ‘mati’ dan tidak lagi relevan. Atas sebab itu DAP Sarawak mengalih tumpuan kepada PBB untuk ditentanginya.


Berikut ialah topik yang cuba dibawa DAP Sarawak iaitu ‘jika BN dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak tewas, rakyat Sarawak sukar untuk terus hidup’.


Bagi Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol, beliau sanggup menyahut cabaran DAP untuk berdebat jika pucuk pimpinan PBB membenarkannya. Dengan nada berkeyakinan, beliau tidak gentar dengan cabaran DAP atau mana-mana parti pembangkang kerana BN mempunyai fakta-fakta kukuh bagi menangkis serangan dan tuduhan.


Bagaimanapun, sekiranya pucuk pimpinan dalam parti merasakan perbahasan ini hanya membuang masa maka mungkin kami tidak layan permohonan mereka. Begitupun, secara peribadi (Abdullah) tidak gentar untuk berhadapan dengan DAP Sarawak.


Begitupun, ramai pemerhati politik melihat pelawaan DAP Sarawak itu adalah susulan daripada ‘kekalahan’ yang diterima mereka semasa dalam sidang DUN Sarawak yang lepas. Justeru, debat itu sengaja diadakan bagi menutup kemaluan mereka yang teruk dihentam Kelab Penyokong BN semasa sidang DUN Sarawak baru-baru ini.
Sumber: Wira Kenyalang 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List