Sunday 14 July 2013

TENSYENNYA TINGGAL DI SINGAPURA SEHINGGA BOLEH BUNUH DIRI?

-DAP BERMATI-MATIAN MAHU MENJADIKAN MALAYSIA SEPERTI SINGAPURA DINAUNGI PARTI SEANGKATANNYA; PAP NAMUN HAKIKATNYA SINGAPURA MENCATATKAN KES BUNUH DIRI YANG TERTINGGI! KALAU LU MAU MATI, LU MATI SOLANG-SOLANG LAH! KEKEKE!!!-

Kejadian bunuh diri mencatat angka tertinggi pada tahun lalu dengan 487 kes berikutan semakin ramai orang muda mengalami tekanan dan gagal dalam perhubungan yang menyebabkan mereka bertindak menamatkan nyawa sendiri.

Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding tahun 2011. Ia turut menyaksikan peningkatan sebanyak 80 peratus ke atas mangsa berusia 20 hingga 29 tahun, jelas sebuah badan bukan kerajaan, Samaritans of Singapore (SOS) dalam satu kenyataan.

"Masalah yang sering dialami oleh kelompok ini adalah tekanan hidup dan cinta. Antara masalah lain ialah pengangguran, tekanan belajar atau kerja, isu kewangan dan kesunyian," kata SOS.

SOS meletakkan sasaran untuk mencegah kes bunuh diri dengan menyediakan sokongan emosional menerusi kaunseling peribadi dan talian telefon 24 jam.

Pada tahun lalu, SOS menerima 39,994 panggilan, turun daripada 40,025 pada tahun 2011.

Kes bunuh diri mewakili dua peratus daripada jumlah kematian di Singapura. Membunuh diri dianggap sebagai satu jenayah di Singapura, mereka yang terselamat boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun, denda atau kedua-duanya sekali.- AFP

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List