Thursday 4 July 2013

ANWAR TARIK BALIK SAMAN, JADI BETULLAH GANGGU ISTERI ORANG NI YER?

-SAMAN TERHADAP HAMZAH ADALAH KERANA DAKWAAN BELIAU TELAH MENGELUARKAN KATA FITNAH MENGENAI ANWAR YANG DISIARKAN DALAM SATU ARTIKEL BERTAJUK, "ANWAR GANGGU ISTERI SAYA" DALAM TAHUN 2008! EMM ... KALO DAH TARIK BALIK SAMAN, KIRE BUKAN FITNAH LER? MINTA PENCERAHAN? KEKEKE!!!-

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Menurut laporan Bernama, peguam Anwar, R.Sivarasa dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Hamzah, berkata dalam satu kenyataan bersama hari ini bahawa saman itu diselesaikan secara baik berdasarkan terma-terma sulit antara kedua belah pihak.

"Kedua-dua pihak memutuskan bahawa meneruskan tindakan undang-undang adalah tidak perlu dan tidak produktif dan perlu diingat mengenai senario politik pada masa ini dan tanggungjawab politik semasa mereka," kata mereka.

Sivarasa berkata sepanjang pengetahuan plaintif, kenyataan yang dipertikaikan telah tidak diulang dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak membangkitkan lagi perkara ini.

Anwar memfailkan saman itu terhadap Hamzah pada 22 Ogos, 2008, yang pada ketika itu merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mendakwa dia mengeluarkan perkataan fitnah mengenainya yang disiarkan dalam satu artikel bertajuk "Anwar Mengganggu Isteri Saya" dalam akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos, 2008.

Saman itu ditetapkan untuk pendengaran hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop.

Jome kiter dengar rakaman panggilan talipon nih! Kekeke!!!.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List