Saturday 29 June 2013

PERBUALAN SASPEK YANG DISYAKI ADA HUBUNGAN DENGAN PENGGANAS LAHAD DATU DIPINTAS!

-PINTASAN KOMUNIKASI KE ATAS NO TALIPON MILIK ANAK SASPEK; SEORANG ANGGOTA POLIS BERPANGKAT KORPERAL DISYAKI MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT MENGENAI AKTIVITI KEGANASAN TELAH DILAKUKAN UNTUK MEMPEROLEHI MAKLUMAT & MEMASTIKAN TERDAPAT HUBUNGAN DIANTARA TERTUDUH DENGAN PENGGANAS SULU YANG MENCEROBOH KAMPUNG TANDUO, LAHAD DATU AWAL TAHUN INI-

Satu daripada nombor dalam perbualan telefon yang dipintas oleh polis adalah kepunyaan anak lelaki anggota polis yang dibicarakan kerana menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti keganasan, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, seSabah semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lahad Datu ASP Ang Seow Aun, yang juga pegawai penyiasat kes, yang dilaporkan Bernama sebagai berkata nombor 0138888359 didaftarkan atas nama Mohd Esham Hassan.

“Berdasarkan siasatan saya, pemilik nombor itu ialah anak lelaki tertuduh,” katanya.

Ang memberi keterangan pada perbicaraan Detektif Koperal Hassan Ali Basari kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah beliau menerima permohonan daripada Supt Anwar Ahmad dari ibu pejabat Cawangan Khas di Bukit Aman untuk memintas perbualan telefon seorang anggota polis pada 15 Februari.

Beliau berkata, pintasan komunikasi itu diperlukan untuk memperoleh maklumat keselamatan dan memastikan hubungan tertuduh dengan penceroboh Kampung Tanduo.

Pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan 18 saksi.

Hakim P. Ravinthran menetapkan 4 Julai untuk mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan. 


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List