Saturday, 29 June 2013

ADA RAHSIA BESAR PADA MAJLIS ANGKAT SUMPAH ADUN PULAU PINANG?!

-TINDAKAN DAP P. PINANG HALANG WARTAWAN UM MENJALANKAN TUGAS SEOLAH ADA SESUATU YANG HENDAK DIRAHSIAKAN SEWAKTU BERLANGSUNGNYA MAJLIS ANGKAT SUMPAH ADUN NEGERI ITU. APA YANG NAK DIRAHSIAKAN SANGAT TU YE? APAKAH BENDALAH YANG NAK DISEMBUNYIKAN DARI WARTAWAN TU? DEPA DAP SEMUA NAK BER"GANGNAM STYLE" KE SELEPAS ANGKAT SUMPAH? HAKIKATNYA,  CEKAP, AKUANTIBILITI, TELUS (CAT) AH GUAN MEMANG LANSUNG TAK BOLEH DIPAKAI! KEKEKE!!!-

CAYALAH FIRDAUS .. Protes secara solo dengan kad bertulis "Ketelusan telah mati
di sini" di hadapan DUN Pulau Pinang di George Town dihalang embuat liputan
 berita majlis angkat sumpah ADUN negeri itu siang  tadi dek "arahan atasan"!
Berbuih-buih mulut pemimpin DAP, khususnya Ketua Rejim DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT), mendabik dada mereka yang paling telus, jujur, amanah namun bermacam tindakan mereka menidakkan dakwaan mereka.

CAT sebenarnya dicipta hanya sebagai pemanis mulut untuk menarik perhatian rakyat kerana hakikatnya, prinsip itu tidak diamalkan sepenuhnya oleh kepimpinan kerajaan negeri itu.

Dalam insiden terbaru siang tadi, seorang wartawan Utusan Malaysia (UM) telah dihalang memasuki DUN Pulau Pinang untuk membuat liputan sesi akan Majlis Angkat Sumpah ADUN di George Town, negeri tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 9.30 pagi apabila wartawan UM Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.

Pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memaklum kepada beliau bahawa larangan tersebut adalah "atas arahan pihak atasan", dakwanya lagi dan merasa tidak berpuas hati dengan perkara berkenaan beliau kemudiannya membuat protes secara berseorangan.

Biarpun keseorangan, Firdaus tabah berdiri dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan DUN berkenaan sambil memegang kad bertulis, "Ketelusan telah mati di sini".

Beliau menerangkan kepada rakan media yang dia berbuat demikian adalah sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.

Bukan itu saja, sebelum ini wartawan-wartawan UM juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui, tambahnya lagi.

Firdaus menambah, "Kini telah masuk penggal baru untuk persidangan DUN, kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya membentangkan usul baru kerana usul yang lama telah tamat tempohnya.

Speaker DUN Pulau Pinang yang baru Law Choo Kiang ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kejadian itu berlaku akibat kesilapan pengawal keselamatan bangunan DUN yang telah menguna pakai arahan lama.

Choo menegaskan kejadian tersebut berlaku di atas kesilapan teknikal pengawal DUN dan beliau berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

"Saya akan menjemput wartawan tersebut untuk membuat liputan persidangan DUN Selasa depan," ujarnya lag.

PS: Setiap sesi DUN Sarawak, semua rakan-rakan wartawanku, baik dari media elektronik, media cetak & sebagainya akan dibenarkan masuk membuat liputan  harian disepanjang sesi DUN berkenaan dengan hanya syarat minima, berpakaiana kemas & yang penting, mesti memiliki kad media waimapun terdapat beberapa  individu-individu yang telah dikenalpasti mahupun dengan secara terbuka lebih cenderung serta memihak kepada pihak pembangkang. 

Tindakan kerajaan DAP P. Pinang yang menghalang kebebasan & hak Firdaus, seorang pemberita yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia dan  juga mewakili salah sebuah  suratkhabar Nasional membuat liputan berita semalam sememangnya agak begitu keterlaluan, bertentangan dengan amalan demokrasi negara serta tiada langsung menunjukkan ketelusan kerajaan DAP P. Pinag.

Dalam perkara ini, apa yang ko takut sangat dengan wartawan Utusan tu Ah Guan? Ko saja nak susahkan dier ker? Mana ketelusan lu? Ataupun lu orang sebenarnya hanya mahu orang lain lebih telus tapi lu orang sendiri tidak mempraktikkan apa yang lu orang lalakkan! Seperti contoh mudah, tahap ketelusan dalam pemilihan CEC DAP baru -baru ini? Lidah lu orang semua memang bercabanglah! Hipokrit!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List