Tuesday, 22 January 2013

SEBAR FITNAH: DISEBABKAN BLOGGER & KRONI TAK DAPAT HABUAN?

-SEKARANG TENGAH PANAS TENTANG PLOT YANG KONONNYA DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH NAK MENJATUHKAN KETUA MENTERI PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD OLEH BLOG PEMBANGKANG NAMUN DONGENGAN INI BERMULA DARI BLOG PRO-BN SARAWAK! PELIK KAN? KEKEKE!!!
 
Bloggers Anak Sarawak™®
Okaylah, aku nak ceritakan sipnosis atau senario bagaimana segala fitnah ini bermula. Ianya bermula dari seorang blogger yang "tersohor" di Sarawak (sepertimana yang sering diperakuinya sendiri) dan untuk menyenangkan cerita, kita namakan blogger itu sebagai "Oldy, The Sick One" okay?
 
Si Oldy, The Sick One ni berkompromi dengan kroni-kroninya menjanakan sumber kewangan setiap musim Pilihanraya baik Negeri atau Umum. Caranya begitu mudah iaitu dengan "memohon dana" untuk aktiviti-aktiviti maya  dengan YB-YB atau entiti-entiti kerajaan baik negeri atau persekutuan, tidak terkecuali individu-individu (yang dikenalpasti mampu mengeluarkan wang) dan jumlah yang di pohon bukannya ribu-ribu ringgit ya, tapi ratusan ribu dan malah ada yang mencapai jutaan ringgit.
 
Kok si Oldy, The Sick One dan kuncu-kuncunya ni mungkin nak membeli laptop emas dan broadband bertatahkan berlian kot untuk segala kelengkapan menghadapi kempen perang maya agaknya tapi tak apa, itu hak dia. Ye ler, blogger pun nak carik makan kan?
 
Tapi yang menjadi masalah sekarang ni adalah apabila mana-mana YB yang menolak "permohonan" mereka, si Oldy, The Sick One dan kuncu-kuncunya mula menyebar fitnah berbaur hasutan sebagai "amaran" kepada mereka yang gagal memenuhi permintaan mereka.
 
Dipahamkan oleh satu sumber yang boleh dipercayai, si Oldy, The Sick One ini pernah "memohon" dana yang mencecah ratusan ribu ringgit dari Awang Tengah tidak berapa lama dulu namun tidak dilayan kerana penulisan blog si Oldy, The Sick One ini langsung tiada "kuailiti" serta tidak mempamirkan "intergriti" nilai-nilai perjuangan sebenar Barisan Nasional dan dengan ertikata lain, si Oldy, The Sick One ini banyak merapu dan meroyan tak tentu pasal didalam blognya.
 
Disaat itulah bermulanya siri-siri artikel plot "Awang Tengah dan orang-orangnya" di keluarkan. Satu demi persatu posting dibuat namun Alhamdullillah, Awang Tengah tidak mudah tunduk dengan "blackmailing" secara moden ini dan ini membuat si Oldy, The Sick One begitu "frust".
 
Ke"frust"sannya ditambah lagi dengan kewujudan satu team blogger pro-kerajaan Sarawak yang hebat hingga ianya mungkin membuat si Oldy, The Sick One merasa mereka tidak "relevant" dan susah "nak cari makan" lagi.
 
Si Oldy, The Sick One semakin terdesak sehinggakan dia cuba juga memperlagakan Menteri Perumahan dan Perlancungan Datuk Amar Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg dengan Awang Tengah namun Abang Zohari dengan "professional"nya tidak mengambil "port" atas penulisan si Oldy, The Sick One yang tiada klass itu!
 
Berbalik kepada bagaimana cerita itu tersebar, ada satu sumber lagi yang boleh dipercayai "membisik" kepada aku yang si Oldy, The Sick One ini telah berjaya "mempengaruhi" satu blog pembangkang Sarawak untuk menghebahkan lagi dongengan yang telah dimulakannnya namun ianya disensasikan lagi dengan senarai nama YB-YB yang konon-kononnya "berkomplot dengan Awang Tengah" untuk menjatuhkan Taib!
 
Seterusnya, hubungan baik di antara penulis blog pembangkang dan wartawan sebuah akhbar Cina menjurus kepada berita ini dicetakkan di muka surat depan sebuah akhbar Cina tempatan semalam.
 
Busukkan hati si Oldy, The Sick One ini? Cukuplah, aku megeluarkan pekung didada orang lain buat masa ini. Sebenarnya ada banyak lagi; contohnya pengakuan bertulis si Oldy, The Sick One kepada aku yang dia sengaja mereka-rekakan sebuah berita demi untuk menaikkan hits-blognya tapi biarlah ianya menjadi bahan posting aku satu hari nanti!
 

2 comments:

  1. HE WANTS SOME CHAOS? WE GIVE HIM WAR. HEHEHEHEHEHE

    ReplyDelete
  2. Best nya bro unreported news! To the core!

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List