Wednesday, 23 January 2013

PLOT TUMBANGKAN KETUA MENTERI HANYA MAINAN POLITIK KOTOR!

-SALAH SATU DARIPADA SEBAB FITNAH INI DICIPTA ADALAH KERANA UNTUK MENGANGGU-GUGATKAN PERPADUAN PBB YANG MERUPAKAN PARTI YANG PALING KUAT DALAM KOMPONEN BN SARAWAK! PARTI SENDIRI MAU INGAT MAA! KEKEKE!!!-
 
Plot yang kononnya Datuk Amar Haji Awang Tengah ingin menjatuhkan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud seperti dilaporkan oleh blog pembangkang tempatan yang kemudiannya diterbitkan dimukasurat hadapan sebuah akhbar Cina tempatan semalam adalah benar-benar tidak masuk akal dan tiada asas sekali.
 
Timbalan Speaker Parlimen Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata hakikatnya, PBB adalah parti yang paling kuat dan bersatu padu (di kalangan parti komponen Barisan Nasional Sarawak) pada masa ini.
 
"Apabila saya nyatakan "bersatu", ianya bermaksud kami semua berada di sekeliling (untuk menyokong) Presiden (Taib) dan semua ini (khabar angin tentang rancangan menggulingkan Taib) adalah hanya gimik politik atau helah seseorang yang ingin untuk mengganggu perpaduan kami (PBB)."
 
"Saya amat yakin bahawa PBB masih kuat dan tidak boleh mudah terpengaruh dan oleh helah yang "semurah" itu," tegas Junaidi lagi.
 
Artikel blog pembangkang tersebut yang juga menyenaraikan nama ADUN yang dikatakan "bersubahat" dengan Awang Tengah dalam misi mereka untuk menjatuhkan Taib dan membayangkan mereka kini membuat "persediaan dan menunggu masa yang sesuai untuk bertindak".
 
Apabila ditanya mengenai senarai nama ADUN yang didakwa kononnya terlibat dalam plot tersebut, Junaidi membidas, "Sesiapa saja boleh mengeluarkan apa ua senarai nama kerana secara umumnya, semua orang tahu nama pemimpin mahupun pemimpin-pemimpin, semua orang boleh berbuat demikian tetapi semua tuduhan tersebut tiada buki langsung dan tak berasas sekali."
 
"Saya ingin memberitahu anda sesuatu, kelmarin, Ketua Menteri dan Tengah yang tiba bersama-sama ketika mereka melawat (Penasihat Khas kepada Ketua Menteri) Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem di sebuah hospital di Kuala Lumpur dimana secara kebetulan, saya juga berada di situ pada masa itu," dedah Junaidi sambil menambah bahawa kedua-dua mereka (Taib dan Tengah) berjalan seiringan sambil berbual-bual dan ketawa seperti biasa.
 
"Anda tahu memang terdapat segelintir manusia yang suka "menikam di sana sini" tetapi saya tidak fikir bahawa mana-mana ahli PBB bersetuju atau percaya mengenainya (plot yang didakwa), termasuklah saya," kata Junaidi.
 
Menjawab soalan apakah tindakan PBB akan mengambil masa untuk membalas atau menentang perkara ini, beliau berkata bahawa tiada tindakan perlu diambil sekiranya PBB betul dan tiada masaalah kerana PBB hanya akan membuang masa untuk "bertengkar" dengan mana-mana pihak yang jelas membuat tuduhan tidak berasas.
 
UnReportedNews™® difahamkan bahawa "teori plot yang kononnya untuk menjatuhkan Taib" bermula dari blog tempatan Pro-BN sebelum "diperbesarkan dan disensasikan" di blog pembangkang sekarang.
 
UnReportedNews™® juga berpendapat sekiranya BN Sarawak hendak membuat tindakan susulan, langkah pertama sekali adalah menyiasat secara mendalam ke atas blog pro-BN tersebut yang dimiliki oleh seseorang yang memegang jawatan didalam salah satu daripada parti komponen BN Sarawak yang nyata telah memulakan semua dongengan ini, bukannya menyiasat blog pembangkang berkenaan yang hanya dipergunakan untuk "membesar-besarkan" dongengan ini!
 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List