Monday, 21 January 2013

UNTUK ORANG SARAWAK SAHAJA: SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDAS..

-SEMENJAK DUA MENJAK NI .. SERANGAN PERIBADI MENERUSI BLOG-BLOG TERHADAP PEMIMPIN-PEMIMPIN KANAN BN SARAWAK SEMAKIN MENJADI-JADI & KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD PUN TAK TERKECUALI .. YANG AMAT MENYEDIHKAN ADALAH PUNCA CERITA DONGENG DIKENALPASTI BERMULA DARI BLOG PRO-BN SARAWAK SENDIRI! KEKEKE!!!-

Bloggers Anak Sarawak™®

Apakah niat mereka sebenarnya? Perjuangan politik mereka untuk apa dan untuk siapa? Mengapa mereka menulis begitu? Hakikatnya, mereka sebenarnya semakin bingung bila menyedari kewujudan mereka semakin hari semakin dianggap tidak relevan kerena kesetiaan dan kejujuran mereka kian diragui. Salah siapa? Tepuk dada tanya selera.
Tulisan mereka menimbul keraguan dan sangkaan buruk dikalangan rakan seperjuangan mereka sendiri. Eh .. rakan kitakah mereka ini? Mengapa mencucuk dan menikam dari belakang? Orang seperti ini tiada pendirian dan tidak bermaruah. Tidak melampau jika dianggap sebagai Pelacur Politik.
Mereka mencipta suatu situasi yang langsung tidak wujud. Menabur fitnah serta putar belit yang melampau dan keji. Sudah tentu jiwa dan akal mereka ini tidak pernah tenang kerana mungkin semulajadinya mereka ini orang hina dan jatidiri yang rendah.
Atau mungkin permintaan mereka tidak dipenuhi. Permintaan apakah itu? (macam lah aku tak tahu) Penglipurlara ini semakin merapu dan celaru. Mereka memerlukan perhatian serta pengiktirafan tapi itu pun tak dapat.
Ah .. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau dah tak dapat apa-apa, biar bakar semuanya, macam tu ker? Jahat sungguh orang itu. Umur dah besar tapi akal pendek. Kematangan bertahap samseng jalanan. Kesian betul.
Salfian Nawawi- Ketua Team Bloggers Anak Sarawak™®
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List