Tuesday 22 January 2013

THE PLOT TO DUMP TAIB-CERITA REKAAAN SEMATA-MATA

-MAINAN SEORANG BLOGGER PRO-BN & KRONI-KRONINYA YANG INGIN MEMERAH SUMBER KEWANGAN .. TAPI APABILA TIDAK DIPENUHI PERMINTAAN, DIA MULA MENEBAR FITNAH .. WAHAI PELACUR POLITIK, SUDAH MAKAN KAH HARI INI? KEKEKE!!!-

Sarawak Report, blog pembangkang yang didalangi bekas penjajah dan para penjilat penjajah dalam posting terbarunya "The Plot to Dump Taib" bercakap kononya terdapat usaha dalaman yang diketuai Awang Tengah untuk menggugurkan Taib dari kerusi Ketua Menteri. Hahaha. LUCU. Memang lucu.

Sebenarnya plot cerita ini direka oleh Sarawak Report berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam PKR Sarawak di mana terdapat kumpulan tertentu yang ingin menyingkirkan Ketuanya Baru Bian. Menurut sumber dalaman yang boleh dipercayai, PKR Sarawak kini terbahagai kepada tiga puak iaitu puak Melayu/ Melanau, puak Iban dan pihak yang menyokong Baru Bian.

Siapa "warlords" bagi puak Melayu dan Iban akan kita dedahkan kemudian (sebagai menghormati kehendak sumber). Namun, kewujudan puak ini adalah atas alasan yang sama - ketidakpuasan hati terhadap Baru Bian yang bukan saja dilantik secara autokratik oleh Anwar Ibrahim tetapi juga tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

"Warlords" berkenaaan melihat Baru Bian sebagai seorang yang terlalu "lembut" terutama bila berhadapan dengan DAP dan PAS, indecisive, terlalu bergantung dan takut kepada Anwar walau pun dalam hal kecil yang jelas tidak dapat diterima oleh orang Sarawak.

Selain daripada itu perlantikan Baru Bian dibuat tanpa "restu" daripada pemimpin lain yang lebih veteran dan lama berjuang untuk parti, bermula dari Parti Keadilan Nasional lagi. Bagi mereka Baru Bian yang datang dari keturunan minoriti Orang Ulu hanyalah budak hingusan dalam dunia politik.


Puak Melayu yang menentang Baru Bian pula melihat beliau sebagai liability dalam meraih sokongan pengundi Melayu / Melananu Muslim. Bagi mereka, selagi Baru Bian menerajui PKR Sarawak selagi itulah masyarakat muslim akan menjauhkan diri daripada PKR. Perkara ini terbukti dengan peningkatan jumlah undi popular yang diperolehi oleh calon-calon BN di kawasan Melayu/Melanau dalam PR DUN lalu. Setakat ini Baru Bian hanya diterima di kawasan pedalaman utara Sarawak.

Simptom kepada ketidakgemaran kepada Baru Bian ini jelas apabila hanya segelintir pemimpin, malah muka yang sama sahaja yang menyambut kedatangan Anwar dan menghadiri majlis ceramahnya di Sarawak. Ramai pemimpin veteran dan utama semakin menjauhkan diri.


Kembali kepada cerita Sarawak Report yang kononya terdapt operasi untuk jatuhkan Taib. Melihat kepada struktur organisasi PBB sahaja kita tahu bahawa cerita tersebut adalah cerita karut hasil imaginasi liar yang terhasil dari darah penipu yang bertujuan untuk melaga-lagakan pemimpin. PBB terdiri daripada kumpulan muslim dan bukan muslim di samping sayap wanita dan pemuda yang menyebabkan pemilihan seorang Ketua Menteri bukanlah satu proses mudah atau sekadar meraih sokongan daripada ADUN. Pemilhan pucuk pimpinan ini juga bergantung kepada persetujuan dan restu daripada Perdana Menteri dan semua ketua parti komponen - bukan semudah pemilihan Baru Bian yang hanya memerlukan jari telunjuk Anwar.

Sumber: Keadilan X Sarawak™

-UnReportedNews™®

Artikel berkaitan:

UNTUK ORANG SARAWAK SAHAJA: SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDAS..

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List