Tuesday, 4 October 2016

Pasukan Tentera Nasional Indonesia Guna Kenderaan Curi Ditahan Di Sarawak


LUBOK ANTU: Polis merampas sebuah kenderaan pacuan-empat-roda yang dipercayai dicuri dan digunakan oleh sepasukan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari Markas Batalion TNI 312 Kala Hitam Indonesia) di Sarawak semalam.

Difahamkan, kenderaan itu sedang digunakan oleh anggota-anggota TNI tersebut yang berkonvoi bersama sepasukan angota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menaiki beberapa buah kenderaan lain dari Kem Penrissen Kuching ke Badau.

Pasukan anggota ATM tersebut telah ditugaskan untuk menemai pasukan TNI hingga ke sempadan Sarawak-Indonesia.

Sumber dalaman mendedahkan, konvoi tersebut kemudiannya berehat di Kem JPG Lubuk Antu namun ditahan oleh sepasukan polis yang membuat operasi berdekatan luar kem berkenaan apabila hendak menyambungkan perjalanan mereka lebih kurang jam 3:15 petang.

Siasatan awal polis mendapati, salah seorang anggota TNI mendakwa mereka telah menyewa kenderaan tersebut dari seorang lelaki di sebuah rumah di Jaoi Babang, Indonesia pada hari Ahad lepas.

Pemeriksaan lanjut polis juga mendapati kenderaan pacuan-empat-roda jenis Toyota Hilux telah menggunakan plat Indonesia KB9826LL (nombor palsu) dan nombor pendaftaran sebenarnya adalah QKW2061 yang telah dilaporkan hilang di Kota Samarahan baru-baru ini.

Kenderaan itu juga telah dipasang dengan peralatan pengesan GPS yang membolehkan pihak polis mengenalpasti lokasinya.

Kenderaan tersebut telah diserahkan kepada pihak Balai Polis Lubuk Antu untuk siasatan lanjut.-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List