-WALAUPUN SIA MEMBACA SEKEPING KERTAS KETIKA MEMBENTANG ISU-ISU KAUM PENAN, BELIAU SERING MENOLEH KE ARAH ADUN BUKIT ASSEK WONG HO LENG BAGAIKAN MENANTI ARAHAN ATAU PANDUAN...TERLALU NYATA PERBUATANNYA BUKAN DILAKUKAN SECARA SUKA RELA-
Ternyata pihak pembangkang Negeri Sarawak begitu tertekan seumpama ketandusan modal mencari isu apabila mereka bagaikan mengheret sekumpulan masyarakat Penan dari Baram, Miri ke DUN bagaikan jadi bahan "jajaan" mereka pagi semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usang Dennis Ngau ketika di temubual UnReportedNews™® secara eksklusif telah menyuarakan kekeciwaannya terhadap pembangkang nyata bermain "kotor" dengan melibatkan bangsa Penan demi untuk menimbulkan isu yang berbaur kebencian pada kerajaan.
"Saya ingin mengingati serta menasihati rakan-rakan masyarakat Penan supaya tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang penuh pembohongan sehingga sanggup dipergunakan atau dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hanya untuk kepentingan mereka perbatuan politik atau populariti mereka."
"Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, sila gunakan saluran yang betul iaitu menerusi Barisan Nasional (BN)-kerajaan yang memerintah dan usah mengadu kepada pembangkang kerana mereka tidak ikhlas membantu anda sebaliknya akan memanipulasikan masalah anda menjadi isu untuk mereka jaja."
"Walaupun pada hakikatnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa tetapi mereka sebaliknya mungkin menjanjikan mereka bisa membantu anda namun mereka hanya ingin mempergunakan anda selama yang boleh demi kepentingan politik mereka. "
"Sila ikut sahaja program pembangunan yang telah dirancangkan oleh pihak kerajaan, khususnya masyarakat Penan di Baram", tambah Dennis pada waktu rehat tengahari pada hari ketujuh Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-17 di lobi DUN semalam.
"Masyarakat Penan sebagai juga mempunyai hak untuk menikmati pembangunan dan kemudahan asas seperti rakyat Malaysia yang lain, mengapa terdapat sesetengah pihak bagaikan menghalang hak mereka ini seolah berniat mahu kaum Penan dibiarkan dan diasingkan?"
"Apakah tujuan mereka ini? Adakah hanya untuk "mencipta" alasan untuk di bangkit kepada kerajaan? Namun tindakan mereka nyata menunjukkan mereka yang sebenarnya "menindas" kaum Penan."
Beliau berkata demikian untuk menjawab dakwaan-dakwaan yang diluahkan kumpulan Penan tersebut yang begitu ketara telah "dilatihkan" untuk menyuarakan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sama sekali.
"Saya tahu masyarakat Penan dengan baik kerana saya membesar dan pergi ke sekolah dengan mereka dan saya percaya tindakan hari ini di DUN bukanlah disebabkan keinginan mereka sendiri tetapi kemungkinan besar telah dihasut dan "di set-up" serta dirancang oleh pembangkang."
Mengenai dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kumpulan Penan bahawa keperluan atau isu yang mereka tidak dilayan oleh wakil Undangan Negeri atau mana-mana pihak BN, Dennis berkata bahawa dia tidak pernah didatangi oleh mana-mana kumpulan mengenai hal ini.
"Saya amat terganggu dengan taktik pembangkang menggunakan kaum Penan untuk menimbulkan isu dan saya merasa yakin bahawa mereka (pembangkang) sebenarnya mempunyai niat atau tujuan lain untuk membuat propaganda agar rakyat benci terhadap kerajaan."
"Saya sentiasa terbuka untuk mendengar segala masaalah bukan sahaja Penan tetapi kaum-kaum lain juga, terutamanya mereka yang di kawasan saya," katanya dan menggesa masyarakat Penan untuk mendekati beliau sekiranya mereka sebarang masalah atau isu dari memilih untuk pergi kepada pembangkang yang hanya akan mengambil kesempatan mempolitikkan perkara untuk kelebihan mereka mengutuk kerajaan.
SIA |
Riak wajah jurucakap bagi kumpulan Penan yang mengenal diri Sia Andum bagaikan tidak dapat menahan perasaan gusar dan gementar seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena bagaikan dia berbuat demikian dalam keadaan dipaksa.
Walaupun beliau membaca sekeping kertas ketika membentangkan isu-isu kaum Penan di Baram dengan menggunakan projektor yang di pancarkan ke didinding bilik media beliau sering menoleh ke arah ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng (DAP) lebih-lebih lagi setiap kali sebelum menjawab pertanyaan pihak wartawan.
Sia bagaikan meminta bantuan dari Ho Leng untuk menjawab sehinggakan Ho Leng yang mungkin menyedari "eye-contact" mereka disedari oleh beberapa orang wartawan berdekatan, mengeluarkan kata-kata, "Tanya dengan dia (Sia), biar dia jawab dengan sendiri."
Sia juga kelihatan kurang senang apabila saya menghampirinya dan meminta no talipon bimbitnya kepada saya dengan alasan dia tiada nombor walaupun di tangan kanannya memegang satu talipon bimbit dan dia sebelum itu kelihatan memberi nombor taliponnya kepada salah seorang pembangkang.
Bukan memandang rendah kepada kaum Penan namun timbul tanda tanya dikalangan para wartawan bagaimana mereka dapat sampai ke DUN di Kuching dari tempat mereka yang mengambil masa selama hari untuk sampai di Bandaraya ini sekiranya tidak ada sedikit-sebanyak "pertolongan" dari orang lain.
ADUN Batu Lintang See Chee Hua (PKR) menegaskan segala kos-kos perjalanan, penginapan dan pakaian-pakaian (hampir keseluruhan anggota kumpulan itu memakai pakaian, serta kasut yang serba baru) di biayai sepenuhnya oleh kumpulan itu sendiri.
Kecurigaan kami terjawab apabila See dengan "gentlemannya" kemudiannya mengakui "presentation" slide show itu telah disediakan oleh pihak pembangkang.
Beberapa orang rakan saya juga bersependapat dan percaya tindakan beberapa wakil pembangkang yang menghantar kumpulan masyarakat Penan tersebut hingga ke pintu kenderaan mereka adalah untuk mengelakkan mereka ditemuranah sesiapa..hmmmm apa yang nak mereka rahsiakan dan takutkan ye?
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®