Saturday 15 December 2012

KURANG ASAM PUNYA MP DAP!!!

-PUNYALAH KEDEKUT MAMAT MP CINA NI .. DIA BAGI DERMA RM5 UNTUK SEKOLAH CHUNG HUA ..MUNGKIN DIA TAHU KERANA BUDAK-BUDAK SEKOLAH TAK DAPAT BAGI UNDI JADI TAK PAYAH LAH BAGI DERMA BANYAK-BANYAK!! .. KEKEKE!!!-

Cerita ni aku dapat dari seorang Pemanca berbangsa Cina yang amat fasih bercakap berbahasa Melayu ketika berbual dengan aku dan beberapa orang rakan-rakan blogger dan pemberita "melepak" di ruang merokok di sebuah hotel yang terkemuka di Kuching semalam.

Ianya tentang "kekedekutan" salah seorang daripada MP DAP terhadap bangsanya (Cina) sendiri. Aku tak nak sebut nama MP tu secara direct tapi di Sarawak ni cuma ada dua orang MP DAP- Chong Cheng Jen (Kuching) dan Wong Ho Leng (Sibu), pandai-pandailah pembaca buat tekaan sendiri ya.

Pemanca tersebut yang berusia dalam lingkungan 70-an mengeluh dan merasa kesal akan tindakan MP tersebut yang seakan tidak mengambil berat akan pendidikan bangsanya sendiri.

"Kami (orang Cina) yang tua-tua ini, amat berbangga dan mengambil berat akan pendidikan anak-anak kami jadi selama ini, kami akan menyokong sedaya upaya kami terhadap apa saja program yang di anjurkan oleh sekolah-sekolah Chung Hua termasuk aktiviti mengumpul derma untuk sekolah tersebut."

"Saya seorang Pemanca, bukannya banyak duit dan bukannya untuk menunjuk tapi saya rasa ianya adalah kewajipan saya untuk membantu bangsa saya sendiri maka saya "korbankan" RM500 wang simpanan saya untuk tujuan tersebut."

"Tapi tak patutlah MP tersebut cuma bagi RM5 untuk derma sekolah tu dengan alasan "tidak ada duit" walhal, semua orang tahu MP tersebut mampu memberi lebih dari itu," kata Pemanca tersebut tersenyum sinis.

Pada saya, derma RM5 dari MP DAP itu adalah satu "penghinaan dan tamparan" kepada bangsa Cina itu sendiri, katanya lagi dan dalam nada yang berseloroh menambah, "mungkin dia (MP tersebut) memikirkan budak-budak sekolah mana boleh bagi dia undi sebab itu dia bagi RM5 tapi dia lupa akan ibu, ayah, pakcik-makcik dan keluarga kepada budak-budak sekolah berkenaan yang boleh mengundi!"

"Bangsa dia sendiri dia tak nak tolong apatah lagi bangsa-bangsa yang lain, macam ni ke nak jadi pemimpin!!," keluhnya lagi.

Walaupun aku di kenali mempunyai "mulut laser" di kalangan rakan-rakan aku, terkelu lidah aku setelah mendengar keluhan Pemanca tersebut dan kami hanya mampu mengganggukkan kepala sambil memandang sesama sendiri!!

Buat pembaca-pembaca yang juga bakal pengundi-pengundi PRU ke 13, aku akhiri posting ini dengan satu pesanan, "Selama ini, pemimpin-pemimpin Barian Nasional (BN), khususnya BN Sarawak telah menyalurkan bantuan sama rata tanpa mengira asal, kaum, agama dan latarbelakang kerana amalan semangat 1Malaysia tetapi pemimpin-pemimpin DAP yang membawa slogankata "Jom Ubah" dah awal-awal "menunjukan belang" yang mereka tidak berniat dan berminat untuk menolong bangsa mereka sendiri apatah lagi bangsa-bangsa yang lain, bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya ditakdirkan PR berkuasa?"

PS: Haaa .. baguslah tu, lu orang pergi kongress DAP ke 16 di Pulau Pinang hari ini mintak duit lebih sikit lah dari DAP pusat untuk kasi derma sekolah-sekolah Cina di Sarawak aa!! Bukan aku yang kata begini ya, orang Cina sendiri yang kata demikian!! Kekeke!!!
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List