Friday, 9 August 2013

CINTA ABADI: PASANGAN WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA SELANG SATU JAM DI PAGI RAYA

-MANA-MANA PASANGAN SUAMI ISTERI MENGHARAPKAN AGAR PERKAHWINAN MEREKA AKAN KEKAL SEPANJANG HAYAT, SEHIDUP SEMATI BERSAMA PASANGAN MEREKA. KEMATIAN PASANGAN SUAMI ISTERI WARGA EMAS YANG MENINGGAL DUNIA SELANG SEJAM PADA HARI RAYA PERTAMA MEREKA SEMALAM BAGAIKAN MENTERJEMAHKAN SEMUA INI! AL-FATIHAH-

Menepati bidalan 'sehidup semati', sepasang suami isteri warga emas menghembuskan nafas terakhir masing-masing selang sejam di hospital berbeza semalam.

Che Mohd Yusof Che Wan Endut, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 5.40 petang susulan paru-paru berair manakala isterinya Fatimah Muda, 64, di Hospital Kuala Berang kira-kira sejam kemudian.

Anak mereka, Che Wan Rashimah, 44, yang dilapotrkan Bernama sebagai berkata bapanya dirawat di HSNZ sejak Selasa lalu, manakala ibu pula yang terlantar di rumah selepas serangan angin ahmar digegaskan ke hospital petang Khamis selepas keadaannya makin tenat.

"Masa ibu tengah tenat di rumah, adik telefon beritahu ayah juga sedang tenat di HSNZ. Kami kemudian gegaskan ibu ke Hospital Kuala Berang tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Jerangau Sungai di sini.

Pemergian serentak pasangan itu turut dirasai penduduk kampung kerana kedua-duanya adalah guru al-Quran manakala Che Mohd Yusof pula imam masjid dan jurunikah bagi di daerah ini.

Beberapa penduduk kampung yang ditemui Bernama menyifatkan pasangan itu sebagai pasangan yang sentiasa bersama walau ke mana mereka pergi.

Seorang bekas pelajar al-Quran pasangan itu, Zuraidah Ismail, 42, berkata dia merancang untuk menziarahi kedua-dua mereka pada raya kedua selepas mendengar mereka sakit.

Katanya mereka itu terkenal sebagai pasangan romantik kerana tidak pernah berenggang.

"...mereka selalu naik motor bersama, minum di kedai dan ke kebun bersama-sama," katanya.

Jenazah pasangan suami isteri itu dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung Panchor Jerangau di sini malam semalam.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List