-RIBUAN PELAWAT DARI SELURUH GOLONGAN MASYARAKAT & BANGSA TELAH MENGZIARAHI "RUMAH TERBUKA" HARI RAYA TUAN YANG TERUTAMA NEGERI (TYT) SARAWAK TUN DATUK PATINGGI ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN SERTA ISTERINYA TOH PUAN DATUK PATINGGI NORKIAH SEMALAM-
TYT Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dan isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah telah meraikan "Rumah Terbuka" Hari Raya Aidilfitri mereka berdua semalam.
Bagaikan enggan melepas peluang bersalaman dan mengucapkan "Selamat Hari Raya"kepada pasangan kehormat Negeri Sarawak ini, para pengunjung mula "membanjiri" majlis tersebut yang diadakan di tempat kediaman rasmi mereka Istana Negeri, Petra Jaya di Kuching.
Tidak kurang juga pengunjung-pengunjung yang mengambil peluang bergambar dengan pemimpin tertinggi negeri Burung Kenyalang dan diifahamkan ribuan hadirin menghadiri majlis berkenaan yang telah bermula dari jam 10 pagi hingga ke lewat petang semalam.
Boleh dikatakan kesemuaan barisan pemimpin tertinggi Sarawak, tokoh-tokoh negeri ini dan juga wakil-wakil dari pelbagai persatuan-persatuan NGO telah hadir sama untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut.
Mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya buat seluruh lapisan rakyat jelata sebegini telah menjadi amalan TYT & isterinya untuk menyambut hari kebesaran tersebut bersama dengan masyarakat.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®