Monday, 26 August 2013

KEMENTERIAN TIPU KONTRAKTOR?

-KONTRAKTOR YANG MEMBINA GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA MENDAKWA KEMENTERIAN BELIA & SUKAN SUDAH SEKIAN LAMA TIDAK MEMBERI SEBARANG RESPON TERHADAP PROJEK TERSEBUT YANG DIHENTIKAN ATAS PERTIKAIAN TANAH SUNGGUHPUN TELAH MENGEMUKAKAN SEMUA DOKUMEN-DOKUMEN BERKAITAN! MALUNYA!  KEKEKE!!!-

Team Sarawak Online telah mendapat maklumat bahawa seorang kontraktor di Kuching, Sarawak amat terkilan dengan kelewatan tindak balas Jabatan Kementerian Belia dan Sukan apabila projek membina Gelanggang Futsal 1Malaysia tidak dibayar sehingga ke hari ini. 

Menurut sumber, projek yang bernilai hampir RM150 ribu tersebut pada mulanya berjalan lancar sehingga pada bulan Ogos tahun lepas (2012). Setelah memulakan kerja pembinaan sehingga 30 peratus, kontraktor berkenaan didatangi orang kampung (Kampung Haji Baki, Kuching) yang menyatakan bahawa tanah mereka "dirampas" kerajaan dan tiada persetujuan untuk menggunakan tanah tersebut untuk dibina gelanggang futsal. Pemilik tanah tampil dengan bukti geran dan status pemilikan tanah tersebut.

Jabatan Belia dan Sukan Sarawak memberi arahan agar projek tersebut dihentikan serta merta dan dalam masa yang sama menuding jari kepada Jabatan Tanah dan Survey diatas kelalaian dalam menentukan status tanah.

Kontraktor yang  menjadi mangsa keadaan kelalaian jabatan-jabatan ini, terus menulis surat kepada Kementerian Belia dan Sukan (HQ Putrajaya) menyatakan masalah tersebut memandangkan tiada respon setelah sekian lama projek tersebut tergantung tiada keputusan. Pasukan perunding yang dihantar oleh KBS pernah menyatakan kontraktor tidak layak dibayar namun kontraktor tampil dengan dokumen-dokumen sah kontrak perjanjian.

Akhirnya, kontraktor berkenaan diberi pilihan untuk sama ada digantikan projek atau dibayar ganti rugi; namun setelah genap 1 tahun (Ogos 2012-Ogos 2013), masih belum ada apa-apa respon atau tindakan dari KBS. - Sarawak Online

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List