Tuesday, 22 April 2014

GAMBAR: TERTUSUK BATANG BESI DI PIPI





Seorang pelajar lelaki tahun 4 di sebuah sekolah Rendah di Kota Kinabalu, Sabah telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri kira-kira kira jam 12.50 tengahari semalam.

Pelajar tersebut dikatakan telah berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke liar bahagian pipinya.

Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama.

Pihak sekolah telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini sebelum dibawa ke hospital sambil diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. 

Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas dan semetara itu piihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. sebelum kena, semua tak ambik kesah. Sudah kena barulah sibuk sana sibuk sini. Berapa banyak sekolah ditepi jalan besar ada lintasan berlampu tapi bebudak buat tak endah saja melintas sesuka hati? Mana cikgu yang bertugas tak Nampak batang hidung? Mana anggota RELA yang selama ini bertenggek menjaga keselamatan? Bila dah berlaku kemalangan, menteri sana menteri sini, Pengarah sana pengarah sini bercakap tentang keselamatan! sebelum kejadian buat apa? makan gaji buta!

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List