-POLIS PERCAYA KEJADIAN CULIK BARU-BARU INI MENDAPAT "BANTUAN DALAMAN" & PENAHANAN 15 PEKERJA ASING TERMASUK DUA WANITA TANPA DOKUMEN YANG SAH BOLEH MEMBANTU SIASATAN! KENAPA PENGUSAHA RESORT BERKENAAN MENGAMBIL PEKERJA SEBEGINI?-
Kota Kinabalu: Semua pekerja asing yang ditahan kerana bekerja tanpa permit yang sah di negeri ini termasuk pekerja pusat peranginan di Singamata Reef Resort akan disiasat dengan teliti sama ada pernah terbabit atau menganggotai kumpulan penculik di selatan Filipina.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek berkata, pihaknya masih menyiasat latar belakang 15 pekerja asing yang ditahan di Singamata Reef Resort kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah.
“Semua warga asing itu didapati bekerja tanpa dokumen atau permit ketika pihak berkuasa menyerbu pusat pelancongan berkenaan selepas dua wanita diculik kumpulan lelaki bersenjata Rabu lalu.
“Mereka masih ditahan bagi membantu siasatan kes culik itu,” katanya.
Mohammad berkata, pada masa sama, ESSCOM sudah memulakan operasi pemeriksaan terhadap semua resort dan pulau peranginan di Semporna bagi mendapatkan maklumat serta laporan berhubung status pekerja dan pengunjung di kawasan berkenaan.
“Selain mengetahui latar belakang pekerja, kita perlu mendapatkan maklumat mengenai latar belakang pengunjung termasuk negara asal mereka bagi tujuan pemantauan,” katanya.
Sementara itu, seorang jurulatih menyelam yang mahu dikenali sebagai Tim, 30-an, mengakui banyak pusat pelancongan di pulau sekitar Semporna menggunakan warga asing.
“Kebanyakan mereka warga Filipina dengan pekerja lelaki sebagai pemandu bot manakala wanita biasanya sebagai pengemas bilik, tukang masak, pelayan restoran atau penyambut tetamu.
“Lelaki Filipina mahir mengemudi bot manakala wanita pula fasih berbahasa Inggeris yang memudahkan urusan melayan pelancong asing,” katanya.
Katanya, semua mereka biasanya tidak mempunyai permit kerja sah dan masuk ke negara ini secara haram. Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, ada anggota kumpulan bersenjata itu dipercayai pernah bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort iaitu lokasi dua wanita berkenaan diculik.-myMetro
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®