Wednesday 10 July 2013

PRK KUALA BESUT: JARI PENGUNDI AKAN "DICELUP" BUKANNYA DICALIT DENGAN DAKWAT KEKAL!

-AKIBAT TERLALU BERMINAT MELAYAN KARENAH PEMBANGKANG, PENGUNDI-PENGUNDI PRK  KUALA BESUT HARUS "MENCELUP" JARI MEREKA DALAM BOTOL DAKWAT KEKAL! KALAU LEPAS NI PEMBANGKANG MASIH TAK PUAS HATI LAGI, TAK PE, KITA TUKAR LAGI MODUS OPERANDI DIMANA SEMUA PENGUNDI DIKENAKAN MENYELAM KEPALA MEREKA DALAM BOTOL BERISI DAKWAT KEKAL! KEKEKE!!!-

Pengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 

Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa PRK Kuala Besut pada 24 Julai 

Selain itu, Abdul Aziz turut menasihati pengundi supaya menyemak senarai pengundi dan memastikan saluran serta tempat mengundi yang betul kerana jika nama pengundi tidak terdapat dalam senarai pengundi di tempat dan saluran yang ditetapkan, mereka tidak akan dibenarkan mengundi. 

Abdul Aziz berkata SPR menetapkan Kompleks Rakan Muda Kampung Raja Besut, Kuala Besut sebagai tempat penamaan calon, dan proses penamaan calon bermula 9 pagi hingga 10 pagi pada 12 Julai. 

Beliau menasihatkan para penyokong parti supaya tidak melakukan perkara yang tidak diingini dan melanggar undang-undang untuk memastikan proses penamaan berjalan lancar. 

Abdul Aziz turut mengingatkan mereka supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang tidak membenarkan penyokong atau sesiapa yang mengiringi calon membawa alat-alat muzik, pembesar suara dan membuat ceramah politik pada hari berkenaan. 

Ketika proses penamaan calon itu juga hanya calon, pencadang dan penyokong yang dibenarkan masuk ke dalam dewan, katanya. 

Beliau turut mengingatkan bahawa tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas pegawai pengurus mengisytiharkan bahawa ada pertandingan yang akan dijalankan dan kempen akan berakhir pada tengah malam 23 Julai. 

Sebuah pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya akan ditubuhkan bagi memantau aktiviti sepanjang tempoh rasmi berkempen selaras dengan peruntukan akta berkenaan. (sumber)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List