Wednesday 17 July 2013

RAFIZI TENGAH "MASAK KUIH" RAYA KER?

-PERSOALAN "KENAPA FITNAH SAYA BEGINI?" OLEH PENGERUSI SPR TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF MUNGKIN DITUJUKAN KEPADA AHLI PARLIMEN PANDA RAFIZI RAMLI YANG MENDAKWANYA ADALAH KENALAN RAPAT PEMBEKAL DAKWAT KEKAL! SEDAP KE "KUIH" YANG DIMASAK RAFIZI TU? KEKEKE!!!-

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya.

“Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad (Wan Omar).

“Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia,” katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini.

Rafizi hari ini mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah ‘rakan rapat’ pemimpin tertinggi SPR.

Beliau berkata kontrak kepada Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan Singapura, diberi secara rundingan terus.

Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya ke-13,

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada PRU13 berikutan ia mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya dan pembangkang menjadikannya sebagai antara punca penipuan undi.  (sumber

Dalam pada itu, mStar melaporkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa seorang ahli perniagaan menerima kontrak bagi membekalkan dakwat kekal untuk pilihan raya umum walaupun mempunyai hubungan "yang rapat" dengan ketua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan timbalannya.

Beliau mempersoalkan SPR jika benar ahli perniagaan Mohd Salleh Mohd Ali merupakan pembekal dakwat kekal untuk PRU-13.

"Saya menyeru kepada Arau (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim) untuk mengesahkan maklumat saya mengenai perkara ini.

"Ini adalah maklumat dalaman dari SPR," katanya kepada Parlimen ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 (2012) semasa bacaan kedua.

Rafizi mendakwa Mohd Salleh juga telah diberikan kontrak untuk beberapa projek yang melibatkan Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Datuk Seri Reezal Merican (BN - Kepala Batas) kemudian mempersoalkan dakwaan Rafizi dan menegaskan bahawa amalan rundingan secara terus "bukanlah sesuatu yang baru."

"Ia juga diamalkan apabila Permatang Pauh (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan. Saya bertanya ini dengan niat baik," kata beliau.

Rafizi berkata kontrak untuk membekalkan dakwat kekal boleh diberi melalui tender terbuka bagi mendapatkan nilai yang terbaik.

Dalam jawapan kepada Rafizi, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, terdapat beberapa item PRU-13 yang terpaksa diambil daripada pembekal tempatan.

"Ini dikategorikan sebagai keperluan segera. Kerajaan akan mengambil tindakan supaya rundingan secara terus dapat dikurangkan," katanya.

Mengenai kos pembinaan enam buah kampus baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Rafizi mendakwa bahawa kos semasa adalah RM8.3 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta.

"Walau bagaimanapun, ini adalah empat kali ganda lebih mahal daripada jika kontrak dianugerahkan berdasarkan tender terbuka," katanya.

Tuntutan Rafizi itu kemudiannya dibidas oleh ahli Parlimen Barisan Nasional seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN - Kinabatangan) yang memanggilnya "peniup trumpet" kerana 'meniupkan' isu ini.

Datuk Seri Azalina Othman (BN - Pengerang) menuduh Rafizi memanipulasi fakta dan beliau mampu untuk membuat tuduhan itu kerana beliau telah pun tamat pengajian.

"Dia tidak sedar bahawa ramai belia Malaysia mahu masuk UiTM dan terdapat keperluan untuk membina lebih kampus kerana ia tidak mencukupi," katanya. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List