Thursday 26 September 2013

GAGAL KAWAL PKR & PAS SARAWAK, DAP BUKA CAWANGAN DI KAWASAN MELAYU?

-TAKTIK "DEVIDE & CONQUER" YANG DIPERGUNAKAN DAP AMAT MUDAH DIBACA! TANGGAPAN MEREKA, DENGAN MELETAKKAN SEORANG CALON MELAYU DI KAWASAN TUPONG & MENIMBULKAN ISU-ISU YANG MERAGUKAN, MASYARAKAT MELAYU AKAN "BERALIH-ARAH" TAPI MEREKA SILAP PENGIRAAN KERANA PENDUDUK DI TUPONG PASTINYA AKAN TERUS SETIA KEPADA PBB/BN  YANG SELAMA INI TELAH BANYAK BERBAKTI MEMBAWA PELBAGAI PEMBANGUNAN DI SANA! KEKEKE!!!-

Mungkin ramai, terutamanya masyarakat di kawasan Tupong yang majoritinya terdiri dari kaum Melayu, baik yang menyokong Barisan Nasional mahunpun Pakatan Rakyat mempersoalkan atau tertanya-tanya mengapa pula Pusat Khidmat DAP, sebuah parti politik berteraskan kaum Cina dibuka di kawasan tersebut.

Terkini, sumber dalaman dari barisan pembangkang mendedahkan kepada UnReportedNews™®   penubuhan Pusat Khidmat DAP Tupong disebabkan kegagalan DAP Sarawak "mengawal" PKR dan PAS Sarawak, baik dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat pemimpin tertinggi kedua-dua parti tersebut.

Apabila ditanya apa yang dimaksudkannya, "kegagalan DAP mengawal PKR & PAS", sumber tersebut menyatakan terdapat beberapa perancangan dasar dan isu yang telah dicadangkan DAP untuk digunapakai sebagai bahan kempen dalam pilihanraya negeri yang akan datang tidak begitu dipersetujui oleh kedua parti pembangkang rakan DAP.

Kebetulan, baru-baru ini, DAP menerusi "wakil Melayu/Islam" mereka iaitu saudara Abdul Aziz Isa iaitu penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong dan juga pembantu Pengerusi DAP Sarawak telah dilihat begitu galak menyerang Tabung Baitulmal Sarawak berkaitan yang kononnya "dana zakat Tabung Baitulmal Sarawak telah disalahgunakan".

Alhamdullillah, Tabung Baitulmal Sarawak, Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Mufti Sarawak telah tampil secara sukarela menafikan dakwaan-dakwaan yang telah di laporkan oleh portal yang dipercayai ada hubungkait dengan pembangkang susulan dari dakwaan-dakwaan saudara Aziz tersebut. (Klik sini

Maka timbul beberapa persoalan bermain di minda UnReportedNews™®:
1) Apakah ini (serangan terhadap Tabung Baitulmal Sarawak, sebuah Institusi Kewangan Islam negeri ini) adalah sebahagian dari "beberapa perancangan dasar dan isu cadangan DAP untuk dipakaiguna sebagai bahan kempen dalam pilihanraya negeri yang akan tidak di persetujui oleh kedua parti rakan DAP" itu?

2) Apakah penubuhan Pusat Khidmat DAP Tupong mendapat "restu" sepenuhnya dari PKR dan PAS Sarawak atau sebaliknya?

3) Apakah tiada barisan calon Melayu mempunyai nilai-nilai kepimpinan, potensi dan kredibiliti dari PKR atau PAS dari Kawasan Tupong sehinggakan DAP terpaksa "menyelitkan" calon mereka sendiri?

4) Sanggupkah masyarakat Melayu di kawasan Tupong di"jajah" secara politik di bawah telunjuk oleh sebuah parti yang berteraskan kaum yang lain?  

Sekiranya benar apa yang didedahkan oleh sumber tersebut, UnReportedNews™® seikhlas-ikhlasnya ingin mengucapkan syabas kepada PKR dan PAS Sarawak kerana tekad mengadakan sempadan, tidak mencampuri agama, khususnya agama Islam dalam perkara ini dengan politik.

InsyaAllah, UnReportedNews™® akan tampil lagi dengan kupasan-kupasan berkaitan perkara ini dalam masa yang terdekat. Wassallam.

Artikel berkaitan, klik sini dan sini

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List