Thursday 26 September 2013

DAP SUDAH PASTI BERTANDING DI DUN TUPONG!

-TUPONG DIJADIKAN SEBAGAI SATU "EKSPERIMEN" ATAU UNTUK "TEST-POWER" DAP DI KAWASAN MAJORITI MELAYU! BERDASARKAN PERBUALAN UnReportedNews™® DENGAN PEMBANTU CHONG CHIENG JEN IAITU ABDUL AZIZ ISA, BELIAU MENGAKUI DIA AKAN MENJADI CALON DAP BAGI KAWASAN TERSEBUT DALAM PILIHARAYA NEGERI YANG AKAN DILANGSUNGKAN DALAM DUA TAHUN NIH! SILALAH KALAU DAH BERHAJAT SANGAT! KEKEKE!!!-

Pada program Blackout ala forum yang diadakan pada 28 Mei 2013 lepas di Citadines Hotel, Kuching, DAP Sarawak telah mengumumkan kecenderungan mereka untuk bertanding di kawasan PEDALAMAN Sarawak. Senarai kawasan sasaran DAP di Sarawak untuk PRN Sarawak ke 11 akan datang ialah: KLIK  untuk senarai kerusi sasaran DAP di kawasan pedalaman Sarawak. 

Dari senarai sasaran DAP, tidak ada satu pun kerusi kawasan Melayu. Namun apa yang mengejutkan ialah sekarang DAP telah mempunyai pejabat atau bilik gerakan di DUN Tupong; ianya merupakan DUN yang terletak di dalam parlimen Petrajaya; kawasan majoriti Melayu Bumiputera!

Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah DAP menganggap Petrajaya ini sebuah kawasan pedalaman juga? Atau sememangnya didalam diam DAP cuba mencantas PKR dan PAS yang telah lama bertapak di Petrajaya tanpa persetujuan kedua-dua parti? Kalau PKR dan PAS sendiri yang bersetuju dengan kemasukan DAP ke DUN Tupong, maka jelaslah PKR dan PAS bersekongkol dengan DAP menjual hak orang Melayu di kawasan Tupong! Satu persatu hak orang Melayu akan dirampas!


Walaupun menurut info, yang bertugas di bilik gerakan DAP Tupong itu adalah pengkhianat Melayu, namun telah ramai yang merungut berkenaan kemasukan DAP ke kawasan Melayu Bumiputera!

Berapakah bayaran untuk jual beli maruah orang Melayu si penjaga pejabat tersebut? -Sematan Ke Lawas

Dari artikel lampau UnReportedNews™®:
DAP DUN TUPONG SARAWAK BERKEMUNGKINAN AKAN GUNA ISU AGAMA?
-POLITIK, POLITIK JUGA TAPI JANGANLAH SAMPAI TERGADAI MARUAH BANGSA & AGAMA KAN?-

"Cantik" sungguh percaturan DAP Sarawak kan? Dengan "selamba" mereka meletakkan Abdul Aziz Isa, pembantu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai pengendali Pejabat Khidmat DAP DUN Tupong.

Aziz, seorang graduan yang berketurunan Melanau-Iban dijangka akan mencabar ADUN Tupong dan juga Menteri Muda (Hal-Ehwal Islam) di Pejabat Ketua Menteri Datuk Haji Daud Abdul Rahman dalam PRN ke 11 yang akan diadakan dalam tempoh dua tahun ini.

Semestinya memang ada "muslihat" di sebalik perlantikkan Aziz sebagai wakil DAP Sarawak di kawasan Melayu/Islam kerana lazimnya DAP tidak akan begitu "baik hati" sekali memberi seorang "muka baru" apatah lagi yang beragama Islam untuk mewakili mereka tanpa mengharapkan apa-apa "pengorbanan" sebagai balasannya.

Dipendekkan cerita, Aziz juga merupakan anak saudara kepada beberapa orang pemimpin tertinggi dalam Barisan Nasional Sarawak dan ini diakui sendiri olehnya ketika pertemuan dengan UnReportedNews™® tidak berapa lama dulu (beberapa bulan yang lalu) ketika sesi sidang DUN yang lepas. Klik untuk seterusnya 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List