Thursday 26 September 2013

KETUA POLIS PULAU PINANG CABAR GANGSTER

-"TAK PAYAHLAH UGUT-UGUT HANTAR SMS, TELEFON MANA MAU JUMPA, SAYA AKAN PERGI!", RAHIM MEMBERI CABARAN GANGSTER YANG TELAH MENGHANTAR UGUTAN MENERUSI SMS KEPADANYA! ALA, ADA TELUR KER SI PENGHANTAR SMS ITU NAK BERJUMPA KETUA POLIS NEGERI TUH? KEKEKE!!!-

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mencabar individu yang menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepadanya pada Isnin lepas untuk bersemuka.

Abdul Rahim berkata, beliau tidak gentar dengan SMS yang diterima dan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah di negeri ini sekali gus menjalankan tugas dengan lebih tegas.

“Saya nasihatkan kepada penghantar mesej (ugutan) itu, jangan ingat dia terlepas daripada tindakan pihak polis.

“Tak payahlah ugut-ugut hantar SMS, beritahu saja… telefon mana mahu jumpa, saya akan pergi. Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya… saya akan pergi,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2013 di sini malam ini.

Beliau menerima lebih tiga SMS ugutan pada Isnin dan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pukul 9 malam semalam.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah “Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best”.

Selain itu, pengirim SMS turut mengugut untuk “mengambil” Abdul Rahim atau rakannya, jika tidak berjaya “mengambil” Abdul Rahim.

Kesemua SMS diterima daripada nombor yang sama bermula pukul 9 pagi ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya.

Abdul Rahim berkata sebagai pegawai polis, beliau sudah biasa dengan SMS berbaur ugutan dan tidak kisah dengan perkara itu kerana apa yang penting ialah menjalankan tugasnya dalam memastikan keamanan serta keselamatan masyarakat.

“Saya langsung tak berasa takut, bimbang dan sebagainya. Kalau saya sebagai Ketua Polis Negeri takut, bagaimana masyarakat? Kalau tunjuk muka takut, masam, bagaimana saya nak kekalkan keamanan. Apa yang saya nak takut. Saya akan lebih tegas lagi dalam perkara ini,” katanya.

Abdul Rahim berkata, beliau mengarahkan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah negeri menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Beliau turut mengesahkan timbalannya, Datuk A. Thaiveegan yang baru bertugas minggu lepas, juga menerima SMS berbaur ugutan dan siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan. –Bernama

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List