-POLITIK, POLITIK JUGA TAPI JANGANLAH SAMPAI TERGADAI MARUAH BANGSA & AGAMA KAN?-
"Cantik" sungguh percaturan DAP Sarawak kan? Dengan "selamba" mereka meletakkan Abdul Aziz Isa, pembantu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai pengendali Pejabat Khidmat DAP DUN Tupong.
Aziz, seorang graduan yang berketurunan Melanau-Iban dijangka akan mencabar ADUN Tupong dan juga Menteri Muda (Hal-Ehwal Islam) di Pejabat Ketua Menteri Datuk Haji Daud Abdul Rahman dalam PRN ke 11 yang akan diadakan dalam tempoh dua tahun ini.
Semestinya memang ada "muslihat" di sebalik perlantikkan Aziz sebagai wakil DAP Sarawak di kawasan Melayu/Islam kerana lazimnya DAP tidak akan begitu "baik hati" sekali memberi seorang "muka baru" apatah lagi yang beragama Islam untuk mewakili mereka tanpa mengharapkan apa-apa "pengorbanan" sebagai balasannya.
Dipendekkan cerita, Aziz juga merupakan anak saudara kepada beberapa orang pemimpin tertinggi dalam Barisan Nasional Sarawak dan ini diakui sendiri olehnya ketika pertemuan dengan UnReportedNews™® tidak berapa lama dulu (beberapa bulan yang lalu) ketika sesi sidang DUN yang lepas.
Secara sengaja atau tidak, Aziz juga telah menyatakan kepada UnReportedNews™® iaitu salah satu daripada isu yang beliau akan bangkitkan adalah penggunaan dana Baitulmal Sarawak yang beliau dakwa adalah salah.
Disini juga kita boleh lihat kesungguhan DAP Sarawak untuk menembusi kawasan Melayu/Islam dengan mengadakan perancangan ke atas perkara sebegini sekian lama dan dengan penuh rapi sekali.
Buat YB Daud, diharap jangan memandang enteng akan kehadiran muka baru ini kerana kealphaan juga boleh mengundang bahana dan pesanan buat Aziz, berpolitik secara sihat, juga dipergunakan bangsa lain hanya untuk mempergunakan agama sebagai isu politik.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®