-BENDA SATU NI LA AKU BETUL-BETUL TAK SETUJU! JANGANLAH NAK MENJAHANAMKAN HARTA NEGARA DENGAN MENCARI PENYELESAIAN YANG DIBUAT DENGAN CARA MENJUAL! DAH HABIS HARTA NAK DI JUAL NANTI NAK JUAL APA? MARUAH? KEKEKE!!!-
Angin takde, hujan takde... tiba2, Erni ! Angkat kain jemuran .... hujan dah turuuuuuun .... Jual MAS !
Ya, mungkin saja kalau dibuat penilaian untung dan rugi,ada baiknya MAS dijual. Dan kalau mengikut pandangan orang yang berniat nak jual, pastinya MAS dalam keadaan nazak sekali. Jadi lebih baik JUAL saja !
Kemudian kerajaan akan lantik MAS yang dijual menjadi syarikat penerbangan resmi untuk kerajaan......kan ? Pastinya itu akan menjadi salah satu syarat jual-beli kelak.Maksud saya, jika benar MAS merupakan satu entiti yang merugikan, kenapa ada pulak syarikat yang nak beli ?
Apakah benar MAS begitu membebankan sehingga tidak ada jalan lain lagi dah selain dijual?
Saya tak nak buat sebarang spekulasi tapi menurut khabar2 angin, banyak faktor selain dari MAS itu merupakan sebuah GLC, yang menyumbangkan kepada kerugian berterusannya.
Dan faktor2 itu juga berkait rapat dengan transaksi meragukan yang ada kaitannya juga dengan orang politik sehingga sesetengah kos operasi MAS mencanak naik .... diluar kotak pemikiran orang biasa.
Dan faktor2 itu juga berkait rapat dengan transaksi meragukan yang ada kaitannya juga dengan orang politik sehingga sesetengah kos operasi MAS mencanak naik .... diluar kotak pemikiran orang biasa.
Lama dah saya dengar yang MAS merupakan LUBUK EMAS kepada beberapa pemimpin kerajaan melalui kontrek2 yang luarbiasa.
Apakah faktor2 sebegini sudah diambilkira sebelum rumusan dibuat yang MAS harus dijual ?
Bagaimana pula dengan faktor MARUAH Negara ?
Mudahnya cara kerajaan Najib ini mahu menyelesaikan sebarang masalah - JUAL ! JUAL ! JUAL !
PS - Kalau Menteri yang bercakap, ia pastinya mewakili kerajaan ..... kan ? Atau Penasihat ? Atau Najib sorang je yang boleh mewakili kerajaan ? Tidak salahkan tajuk artikel saya ?
PS2 - Kenapa lepas PRU13 baru nak sebut ?
Untung tersangat besar tuh...
Baca di Flying Kick dan JUSTREAD!.. (sumber)
-UnReportedNews™®
Aku nasihat supaya najib jual aje si idris jala tu ke singapork.
ReplyDelete