Monday 23 September 2013

SARAWAK REPORT PENGFITNAH BESAR!

-TABUNG BAITULMAL SARAWAK (TBS) SEDANG MENIMBAL SAMAADA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP SARAWAK REPORT & INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU YANG TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN BERKAITAN TBS YANG NYATA BERNIAT UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT, TERUTAMANYA MASYARAKAT ISLAM! AMBIK KORANG! KEKEKE!!!-

Pengurus Besar TBS Datu Haji Abang Mohammad Shibli Haji Abang Mohd Nailie menafi sekeras-kerasnya ke atas segala tuduhan-tuduhan portal Sarawak Report, terutamanya mengenai penyalahgunaan Dana Zakat.

Beliau, dalam sidang Media yang di adakan di Majlis Islam Sarawak (MIS) sebagai maklum balas kepada portal tersebut menegaskan TBS sedang menimbal samaada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan serta individu-individu tertentu yang telah membuat tuduhan-tuduhan tersebut yang jelas berniat untuk mencemarkan TBS.

Sementara itu, Yang Di Pertua MIS Datu Haji Putit Matzen menyelar tindakan individu-individu mereka yang "bersubahat" dan "diperggunakan" oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk memburukkan Institusi Kewangan Islam yang selama ini telah memberi bantuan kepada masyarakat Islam di Sarawak.

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut adalah Mufti Sarawak Datu Haji Kipli Haji Yassin.

1) Beberapa hebahan telah dibuat dalam Sarawak Report berhubung dengan pengagihan Dana Zakat dan penggunaannya untuk tujuan projek pembangunan. masyarakat ingin tahu tentang kedudukan sebenar hal ini.

Penjelasan: Hebahan yang terkandung dalam Sarawak Report, dengan pelbagai kenyataan mereka adalah dinafikan dengan sekeras-kerasnya dan didapati maklumat tidak tepat dan bukan daripada sumber rasmi daripada Majlis Islam Sarawak.

Untuk makluman, Majlis Islam Sarawak melalui Tabung Baitulmal Sarawak mengikut kehendak Ordinan MIS 2001 telah melaksanakan segala pematuhan ndan peruntukan yang termaktub dalam Ordinan MIS tersebut. Dalam erti kata lain, semua tindak tanduk dalam operasi hariannya dikawal selia melalui peraturan-peraturan dan peruntukan Ordinan MIS tersebut.

Dalam perkara pematuhan Syariah, segala pengagihan Dana Zakat dan Dana Baitulmal, setiap penggunaan adalah berdasarkan kepada Garis Panduan Agihan yang telah diluluskan oleh Pejabat Mufti Negeri Sarawak.

2) Atas dasar kewajipan untuk menyumbang kepada TBS, orang awam merasa berhak untuk mengetahui ketulusan penggunaan wang sumbangan itu.

Penjelasan: Sumbangan wang daripada masyarakat Islam, samaada dalam pembayaran Zakat, Sedekah (sumbangan wajib) dan Wakaf diuruskan mengikut peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan. Semua kutipan tersebut mempunyai resit rasmi penerimaannya yang direkodkan bagi tujuan penyediaan Penyata Kewangan dan proses Pengauditan oleh Jabatan Audit Negara.

Semua maklumat yang berkaitan dengan kutipan dan juga penggunaan hasil kutipan dinyatakan dalam Penyata Kewangan yang akan diaudit secara tahunan oleh Jabatan Audit Negara (JAN).

Berhubung dengan pengagihan Dana Zakat, ia dikawal selia dengan Garis Panduan Agihan (GP Agihan) yang telah mendapat persetujuan daripada Pejabat Mufti Negeri Sarawak. Terdapat syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi setiap pemohonan bagi mengenalpasti sama ada seseorang pemohon itu layak atau sebaliknya. Tambahan pula TBS telah mendapat Pensijilan ISO dalam urusan yang berkaitan dengan pengagihan Dana Zakat, iaitu: Pewnsijilan ISO 9001 : 2000 pada 24 Oktober 2005 dengan skop Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) iaitu Pengurusan Agihan wang Zakat (Bantuan IPT) dan Tabung Baitulmal Sarawak telah mendapat pensijilan MS 9000:2005 (Perspektif Islam) dengan skop Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) iaitu pengurusan Agihan Wang Zakat (Bantuan IPT) dan Pengurusan Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji pada tahun 2010 dengan tujuan untuk memantap dan memantau proses pengagihan bantuan.

Selain itu, paparan maklumat berkaitan Agihan dan Kutipan ada dikeluarkan dalam Al-Mal yang diterbitkan beberapa bulan sekali.

Putit, Shibli & Kipli melihat penyata tahunan TBS sebentar tadi
3) Difahamkan TBS telah melabur dan terlibat dalam projek pembangunan.

Penjelasan: MIS seperti dalam Ordinannya mempunyai kuasa untuk mengurus dana, hartanah dan segala pemilikannya. TBS telah diamanahkan oleh MIS untuk menjalankan usaha ini. Salah satu daripada usaha-usaha untuk program pengembangan aset pemilikannya, maka MIS sepertimana organisasi lain juga turut berusaha mengekal serta seterusnya mengembangkan aset-asetnya. Manakala dari segi pematuhan Syariah, segala cadangan untuk projek-projek yang hendak dilaksanakan dimestikan melalui beberapa siri perbincangan Jawatankuasa Khas sebelum ia mendapat kelulusan dan pihak Lembaga hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam Ordinan MIS, di samping mendapat persetujuan Mufti Negeri Sarawak bagi mematuhi tuntutan dan kehendak Syariah.

4) Dana Baitulmal sepatutnya digunakan untuk tujuan tertentu sahaja.

Penjelasan: MIS melalui TBS, sebenarnya mengendalikan 3 jenis dana, iaitu Dana Zakat, Dana Baitulmal dan Dana Wakaf. Semua dana ini diakaunkan secara berasingan. Mengenai Dana Zakat, ia dikhususkan untuk diagihkan kepada 8 Asnaf seperti yang ditetapkan dalam Al-Quran (Surah At-Taubah, ayat 60). Dana Baitulmal pula adalah Tabung Am yang boleh digunakan bagi apa sahaja tujuan untuk kemaslahatan ummah sebagai yang termaktub dalam peruntukan Ordinan MIS. Manakala Dana Wakaf, pula boleh digunakan mengikut sighah (dokumentasi) sebagaimana yang diniat dan dilafazkan oleh pewakif.

5) TBS patut men yiarkan Penyata Kewangan kepada pihak awam.

Penjelasan: TBS selaku agensi pelaksana di bawah MIS sepertimana kelaziman organisasi lain yang dibadankan melalui ordinan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya perlu mematuhi pelaporan tertakluk kepada peruntukan dalam ordinan tersebut. Dan sebagai makluman awam, TBS melalui penerbitan Buletin Al-Mal telah pun memuatkan laporan yang berkaitan dengan data kutipan dan juga agihannya.

Di atas kejayaannya dalam pengurusan kewangan, Tabung Baitulmal Sarawak telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2009 daripada Jabatan Audit Negara Malaysia. Dan seterusnya Tabung Baitulmal Sarawak telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) di Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam 2010. Di samping itu, TBS juga telah menerima Sijil Bersih 12 tahun berturut-turut sejak tahun 2000.

6) Tabung Baitulmal sarawak dilihat sebagai agensi yang juga memungut hasil cukai.

Penjelasan: MIS melalui TBS tidak bolehn disamakan dengan agensi pengutipan cukai. Kutipan yang dibuat oleh TBS mengikut peruntukan ordinan adalah bagi mereka yang melaksanakan tuntukan dan kewajipan beragama. Ini bermakna, ia dikhususkan untuk orang Islam sahaja seperti pembayaran Zakat, Sedekah dan Wakaf. Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan oleh kerajaan negeri Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984, berperanan dan bertanggunajawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di negeri Sarawak, Malaysia.

7) Adakah projek pembangunan MIS dibiayai melalui sumbangan Kerajaan?

Penjelasan: Tidak. Ia dibiayai melalui Dana Baitulamal dam Dana Wakaf. Manakala dana Zakat dikhususkan agihannya untuk Asnaf Zakat sahaja sebagaimana yang telah ditentukan dalam Al-Quran, (Surah At-Taubah, ayat 60)

8) Apakah ada peruntukan dalam Islam yang membenarkan wang Zakat bagi tujuan pembangunan?

Penjelasan: Berdasarkan Pembentangan Kertas Kerja "Dana Zakat Untuk Pelaburan" yang telah dibentangkan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Kipli bin Haji Yassin (Datu) pada 16 Julai 2012 semasa taklimat Amil Bahawa:
- Pelaburan Wamng Zakat hendaklah menepati Hukum Syarak.
- Keputusan untuk melaburkan Wang Zakat hendaklah dilakukan oleh pihak yang dilantik oleh pemerintah.
- Pengurus dan pengendali pelaburan terdiri daripada mereka yang berkebolehan, pakar dan amanah.
- Hendaklah dijalankan penyelidikan terperinci sebelum Wang Zakat dilaburkan dalam setiap projek. Keutamaan pengagihan Zakat hendaklah diberikan kepada golongan Asnaf.
- Wujud lebihan dari Wang Zakat setelah diagihkan kepada golongan Asnaf.
- Modal pelaburan Wang Zakat mudah dicairkan jika diperlukan.
- Pelaburan Wamg Zakatyang selamat dan memberi pulangan atau keuntungan yang terjamin.
- Sebelum keputrusan pelaburan dibuat dalam setiap projek hendaklah dirujuk ke Pejabat Mufti Negeri Sarawak (dalam konteks negeri Sarawak).

Walaupun terdapat keharusan untuk menggunakan Wang Zakat bagi tujuan tersebut, MIS melalui TBS, sehingga ke hari ini belum lagi menggunakan Wang Zakat bagi tujuan pembangunan hartanah dan sebagainya. dalam pada itu, hendaklah dimaklumi bahawa setiap usaha pembangunan  yang telah dilaksanakan oleh MIS telah pun mendapat pengesahan dan perakuan daripada Pejabat Mufti terlebih dahulu.

9) Adakah Majlis Islam Sarawak (MIS) melalui Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) terlibat dalam melaksanakan projek Baitul Makmur II?

Penjelasan: MIS melalui TBS tidak ada kaitan langsunag dengan pelaksanaan projek pembangunan Baitul Makmur II. Projek tersebut diusaha dan dikendalikan oleh agensi lain.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List