Saturday, 8 June 2013

PENDEDAHAN BERANI PPM!

-AKU SALUTE KAT PPM ATAS PENDEDAHANNYA AKAN REALITI YANG MELANDA BLOGGERS-BLOGGERS SARAWAK NI! MEMANG SADIS, TAPI INILAH KENYATAANNYA! KEKEKE!!!-

Tersentuh jugak hati aku membaca posting rakan blogger Pecah Palak Mikir (PPM) mengenai kemelut yang melanda bloggers-bloggers Sarawak, lebih-lebih ketika menghadapi PRU 13 yang lepas.

Bukan berniat hendak membuka pekung sendiri tapi sudah alang-alang dah didedahkan PPM biar aku ceritakan pula keadaan bloggers-bloggers Sarawak dari pandangan peribadi aku pula.

Aku tidak pernah bernaung di bawah UMB Sarawak, jadi aku rasa aku tiada kapasiti untuk memberi komen secara langsung terhadap entiti tersebut tapi (mohon maaf) dari segi logik dan umumnya jika dilihat perkembangan bloggers-bloggers yang keluar dari UMB Sarawak, memang jelas dilihat terdapat "sedikit kepincangan".

Berbalik kepada saat-saat ketika aku dan rakan karibku; Melanau Bloggers ketika "berjuang" di ambang PRU 13, aku tidak nafikan memang ada segelintir ahli-ahli politik yang "memahami kesukaran" yang kami lalui dan menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada kami.

Namun sadisnya, mereka yang betul-betul mengerti keadaan kami teramat sedikit malahan tidak kurang juga ada yang memberi janji-janji yang hanya berakhir dengan "air-liur" sahaja namun kami tetap akur dan meneruskan perjuangan.

Ingin aku tekankan disini, perjuangan aku dan rakan-rakanku (dan juga PPM) bukannya berpaksikan kepada wang ringgit semata-mata dan walaupun semuanya kami buat atas dasar sukarela, kadangkala ada masalah melanda (berkaitan dengan blogging-peralatan rosak, broadband, internet dsb), sekali sekala dihulur bantuan ringan jugak rasa bebanan tu.

Aku juga sedar, sebagai blogger-blogger indipenden yang tidak bernaung di bawah UMB Sarawak memanglah kami tidak layak merasai apa-apa "keistimewaan" yang mungkin dinikmati oleh rakan-rakan blogger kami dalam UMB.

Namun apa yang sebenarnya yang memotivasikan kami untuk bersengkangkan mata hingga ke awal pagi membuat posting-posting diblog kami kerana keyakinan kami kepada entiti kerajaan yang sedia ada! 

Ya, sepertimana yang PPM nyatakan laptop aku memang pun dah rosak (menyesal aku bagi tau kau PPM!) tapi bagi mereka yang mengenali aku secara peribadi di luar sana, mereka juga tahu dengan laptop inilah juga aku bekerja dan berblogging!

Bukannya irihati atau apa tapi kadangkala terasa terkilan juga akan keadaan kami tapi tak apa, yang penting perjuangan ini mesti diteruskan walaupun ianya bermakna aku harus pergi ke cybercafe!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List