Tuesday, 21 February 2012

PEMUDA PBB HARUS TERUS BERSATU, GESA FADILLAH

-PRU KE-13 YANG AKAN DATANG INI DI SIFATKAN SEBAGAI PRU YANG PALING MENCABAR NAMUN PBB HARUS MENANG SEMUA KERUSI YANG DITANDINGINYA AGAR TERUS MENJADI "TAPAK KEKUATAN BN" DI SARAWAK


SEGALA usaha perancangan Barisan Nasional (BN) ke atas pembangunan Sarawak selama ini akan pincang sekiranya negeri ini “jatuh” ke tangan pembangkang jesteru itu, Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di gesa agar bersatu untuk menguatkan barisan hadapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Ketua Pemuda PBB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof membuat gesaan ini sambil menambah, PBB khususnya Pemuda PBB bagaikan benteng pertama yang melindungi BN Sarawak agar negeri ini tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.

Menyifatkan PRU ke-13 yang akan datang ini sebagai PRU yang paling mencabar, Fadillah yang juda Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi menegaskan PBB harus menang semua kerusi yang di tandinginya agar terus menjadi “tapak kekuatan” BN di Sarawak.

“Sekiranya PBB “terlumpuh”, maka pincanglah segala usaha dan perancangan BN Sarawak ke atas pembangunan Sarawak selama ini,” tambah Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

“Masyarakat harus memahami yang segala usaha perancangan BN ke atas pembangunan Sarawak selama ini akan pincang sekiranya negeri ini “jatuh” ke tangan pembangkang.”

“Untuk melaksanakan projek  pembangunan seumpamanya SCORE, kita memerlukan peruntukan wang yang besar namun jika Sarawak jatuh dalam gengaman pembangkang, agaklah sukar untuk mendapatkan dana tersebut dari kerajaan persekutuan,” jelasnya lagi.

Fadillah berkata demikian dalam satu majlis di Miri semalam yang juga di hadiri oleh Ali Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli DUN Lambir Ripin Lamat dan Ahli DUN Telang Usan Dennis Ngau.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List