Friday, 10 July 2015

Apa Kaitan Chong Dengan 500 Akaun Bank Yang Telah Dibekukan?


Tidak berapa lama dulu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyatakan sokongan kepada usaha Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem memerangi rasuah dan pembalakan haram namun kini nadanya adalah sebaliknya. 

Malah, dalam satu sidang media baru-baru ini Chong secara sinis mendakwa perang anti-rasuah Adenan Satem kini telah bertukar menjadi "mesin ATM mengumpul cukai pendapatan" bagi kerajaan Najib.

Alasannya adalah, SPRM dan LHDN telah bertindak secara tidak adil membekukan 500 akaun bank milik syarikat dan individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan haram tersebut.

Sebagai seorang peguam, Chong seharusnya tahu akan prosedur-prosedur penyiasatan iaitu apabila membabitkan kesalahan yang membabit rasuah atau pembalakan haram, akaun mereka yang disyaki terlibat sememangnya akan dibekukan bagi membantu siasatan.

Dakwaannya yang tindakan (pebekuan akaun bank) tersebut adalah "rompakan di siang hari secara terang-terangan dan merupakan salah guna kuasa" adalah tidak munasabah sama sekali kerana kerajaan sebenarnya telah berlaku adil.

Kira-kira sebulan yang lepas, beberapa akaun bank yang didakwa milik beberapa orang pemimpin dan menteri muda yang dikatakan terbabit dengan pembalakan haram juga turut dibekukan semasa siasatan dijalankan. semuanya mengikut prosedur penyiasatan yang telah ditetapkan. Apakah ini juga tidak adil?

Chong, yang juga Ahli Parlimen Kuching yang sebenarnya tidak bertidak adil dengan menyindir Adenan sebagai "hanya mahu kelihatan mulia memerangi rasuah dan pembalakan haram" namun sebaliknya ada niat yang lain iaitu menjadi sebahagian daripada "mesin ATM" memerah cukai bagi kerajaan Najib untuk menutup hutang negara.

Cabaran Chong kepada Adenan agar menyatakan pendiriannya sama ada membenarkan SPRM dan LHDN sebagai taktik untuk memaksa perniagaan Sarawak membayar lebih cukai pendapatan dan cukai syarikat daripada yang mereka telah lakukan adalah juga satu provokasi murahan.

Chong mungkin sudah terlupa atau buat-buat lupa yang Adenan juga adalah seorang peguam sepertinya dan sudah tentu Adenan telah mengkaji sedalam-dalamnya mengenai tindakan kedua entiti tersebut (SPRM dan LHDN) tidak menyalahi undang-undang yang sedia ada.

Maka, persoalannya kini, mengapa Chong begitu beria-ia sangat menyaran agar 500 akaun bank tersebut dihentikan pembekuannya?

Hanya Chong sahaja yang mengetahui jawapannya ... - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List