Seluruh dunia kini sedang gempar dengan "pendedahan sensasi" Sarawak Report mengenai 1MDB yang kononnya wang berbilion-bilion ringgit di "songlap" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ironinya, Sarawak Report juga pernah (bertahun-tahun) menyerang bekas Ketua Menteri Sarawak (Tun) Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (yang kini dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak) namun serang-serangan serta fitnah-fitnah yang dilemparkan tidak menjadi.
Persoalannya mengapa pula fitnah Sarawak Report ke atas Taib tidak menjadi dan mengapa pula fitnah terhadap Najib seakan "berjaya" pula?
Jawapannya adalah kerana ramai rakyat Sarawak tidak percaya kepada media asing yang kesahihan maklumatnya amat di ragui dan kami penuh yakin dengan pucuk pimpinan kami.
Biarpun terdapat juga segelintir pembangkang dan rakyat Sarawak yang cuba membangkit isu-isu yang dimain oleh Sarawak Report namun keyakinan dan kesabaran kami membuahkan hasil dan Sarawak Report sudah berkali-kali didapati menipu dalam serangan mereka terhadap Taib.
Memang semestinya terdapat sedikit keraguan namun kami telah memberi ruang dan masa yang secukupnya bagi Taib dan Alhamdullillah, akhirnya segala fitnah dan serangan Sarawak Report tersebut terbukti tiada kebenaran langsung.
Kami sayang akan negeri kami, kami mempertahankan kedaulatan negeri Sarawak, kami tak izin orang asing masuk campur hal Sarawak.
Berlainan dengan situasi yang di alami oleh Najib, sadisnya, ramai pula (bukan semua) rakan-rakan di Semenanjung sana terus percaya dengan tuduhan dan fitnah Sarawak Report.
Baru sekali jentik, terus percaya? Janganlah kerana hasutan orang asing kita terus seakan hilang pedoman. Janganlah kerana serangan dari "orang dalam" (orang yang berkepentingan) kita terus hilang kepercayaan kepada Najib.
Jelas, mereka-mereka (Sarawak Report dan orang-orang berkepentingan) ini tidak akan henti-henti menyerang Najib dengan apa jua cara pun.
Satu demi satu isu mereka pertengahkan, belum dijawab satu isu mereka dah mengeluarkan isu yang lain, tidakkah itu menjadi satu keganjilan?
Yakinlah dengan Najib, berilah ruang dan masa yang secukupnya bagi dirinya dan InsyaAllah, segalanya akan terhurai jua akhirnya.
"Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai); (Al-Quran: Surah Qalam – Ayat 11)."
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®