Monday 26 November 2012

LAWATAN KAUM PENAN MENEMUI KETUA MENTERI DI DUN

-JELAS TERBAYANG KEPUASAN DI RAUT WAJAH REMAJA-REMAJA PENAN KERANA DIBERI PELUANG UNTUK BERTEMU DENGAN TAIB WALAUPUN TERPAKSA PERGI KE DUN BUAT KALI KEDUA LEWAT PETANG SEMALAM-
 
Sekumpulan remaja Penan dari Baram berpeluang untuk bertemu dengan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di DUN semalam.

Taib, selepas mempengerusikan mesyuarat dengan beberapa ketua-ketua jabatan kerajaan pejabatnya di tngkat lima turun ke lobi DUN untuk bertemu dan bersalam dengan setiap ahli kumpulan tersebut kira-kira jam 6:30 petang.

Menurut Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol yang merupakan penyelaras kunjungan hormat tersebut, objektif lawatan itu adalah untuk memberi pengalaman secara langsung kepada masyarakat Penan mengenai prosiding DUN.

"Adalah diharapkan bahawa peserta kumpulan boleh menyampaikan pengalaman mereka kepada rakyat mereka di kampung masing-masing apabila kembali semula," kata Abdullah, yang juga merupakan ADUN Semop menerusi satu temubual ekslusif bersama  UnReportedNews™® sejurus lawatan tersebut.

Sementara itu, ADUN Telang Usan yang juga pembantu penyelaras kunjungan hormat, Dennis Ngau memberitahu UnReportedNews™® bahawa kumpulan tersebut terdirin daripada seramai 40 remaja dari masyarakat Penan dari lima buah kampung di kawasan Baram.

"Kebanyakan mereka menjejakkan kaki ke ibu kota (Kuching) Sarawak buat kali yang pertama dan bagi pihak kaum Penan, saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah bersetuju untuk memenuhi kumpulan ini iaitu bertemu secara terus dengan mereka."
Ketua Menteri turut meluangkan masa kira-kira sepuluh minit berbual dengan semua ahli kumpulan yang juga kemudiannya menyerahkan buahtangan kepadanya.
 
-UnReportedNews™®



 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List