Wednesday 7 January 2015

Pegawai Khas ADUN Sarawak Ditahan Polis Berkaitan Kes Dadah


KUCHING: Polis menahan pegawai khas seorang wakil rakyat di wilayah tengah Sarawak semalam bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah.

Difahamkan, suspek yang berusia lingkungan 50-an ditahan dalam serbuan di pusat khidmat wakil rakyat terbabit, bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam.

Sumber memberitahu BH, hasil pemeriksaan kemudian menemui beberapa bungkusan plastik lutsinar dipercayai mengandungi pil khayal disembunyikan di premis berkenaan.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret/Sesyen Mukah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut, termasuk mengenalpasti dari mana bekalan dadah terlarang itu diperoleh dan rangkaian pengedarannya," katanya.

Sumber berkata, hasil siasatan awal tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan sebagai pusat pengedarannya, dengan sebagai besar 'pelanggan' adalah kalangan penagih setempat.

Sementara itu, wakil rakyat terbabit gagal dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengenai penahanan pegawai khasnya itu. - BH -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List