Tuesday 26 August 2014

GEMPAR: DAP NAK KELUAR PAKATAN? BAGUSLAH TU ...


DAP tak payah nak berdrama, tak payah nak menyatakan keciwa, tak payah nak menimbang balik sama kewujudan Pakatan Rakyat masih revelan lagi atau sebaliknya, kalo betul-betul berani DAP patut terus meninggalkan Pakatan.

DAP Selangor nampaknya sudah kecewa dengan dolak-dalik PAS dalam krisis politik di negeri itu, dan kini menimbang semula keperluan sama ada Pakatan Rakyat perlu terus kekal.

Dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor semalam, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua yang dipetik dari Malaysiakini telah mengesahkan perkara itu.

"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini.”

Bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan konklusif dibuat dalam isu tersebut, katanya merujuk kepada mesyuarat PAS pada hari sebelum itu dimana telah memutuskan bahawa parti itu membenarkan Sultan memilih calon untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kalau betul-betul sakit hati dengan PAS, DAP lah yang patut keluar dari Pakatan .. tapi hakikatnya, DAP sebenarnya masih mengharapkan "belas-kasihan" dari PAS kerana DAP memerlukan PAS untuk sokongan pengundi.

DAP mana ada telur nak menentang Barisan Nasional (BN) secara "one by one" tapi perlu sokongan PKR dan PAS dalam usaha menumbangkan kerajaaan BN.

Jadi tak payahlah nak berbunyi seperti orang keciwa, tak payah lah nak buat-buat seperti DAP lah parti superior dalam Pakatan, korang DAP sebenarnya takut akan PAS keluar dari Pakatan! Kan? Kan? Kan? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List