KUCHING: Tanpa segan dan silu Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bagaikan mula nak mencuri kredit ke atas usaha-usaha Barisan Nasional (BN) Sarawak yang memberi manfaat kepada rakyat selama ini.
Pengerusi DAP Chong Chieng Jen yang dipetik dalam sebuah akhbar tempatan hari ini berkata, terdapat beberapa perkara yang dicadangkan oleh DAP Sarawak telah dilaksanakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.
Apakah cadangan DAP Sarawak yang dimaksudkan oleh Chong yang telah diterima dan dilaksanakan oleh Adenan?
Pemansuhan tol? Penurunan tarif elektrik? Memerangi balak haram? Memerangi rasuah?
Umum tahu, Adenan dan kerajaan BN Sarawak telah mengambil inisiatif bertungkus lumus untuk melaksanakan perkara-perkara yang disebut diatas tanpa sedikit pun "pertolongan" mahupun cadangan dari DAP Sarawak.
Saranan Chong iaitu, DAP Sarawak akan terus mengemukakan idea dan cadangan baharu yang memberi manfaat kepada rakyat bagaikan "lembu punya susu, sapi dapat nama" yakni hendak mencuri kredit atas usaha BN.
Jadi tidak payahlah Chong dan DAP Sarawak hendak berlagak, kerana merekalah, beberapa dasar dan polisi baharu untuk mengurang beban dan penambah-baikkan kehidupan rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sarawak.
Niat DAP Sarawak ingin mencuri kredit ini sebenarnya telah diketahui oleh Adenan lebih awal dan sebab itulah beliau telah memberi amaran awal mengenai perkara ini. (Baca sepenuhnya)
-UnReportedNews™®
Fuck DAP
ReplyDelete