Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts
Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts

Thursday, 16 July 2015

Video: Bekas "Editor" Sarawak Report Akui Skandal 1MDB Adakah Fitnah


Petang tadi kami melaporkan satu Laporan Polis Ke Atas Konspirasi Jatuhkan Perdana Menteri telah dibuat bersama bukti komunikasi e-mel dan video wawancara.

Sebentar tadi kami menerima mesej memaklumkan sebuah blog telah menerbitkan bahagian pertama wawancara dengan bekas “editor” Sarawak Report, Lester Melanyi yang kini sedang sakit.
Video bahagian pertama itu telah diterbitkan di http://lestermelanyi.blogspot.com/.

Berikut ialah video terbabit:
MYKMU
-UnReportedNews™®

Friday, 29 August 2014

RAFIZI GESA ADUN PR SELANGOR BUKTIKAN "CINTA" KEPADA AZIZAH?


PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu supaya menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor.

Menurutnya, tindakan tersebut membuktikan lambang kesetiaan mereka (Adun) kepada parti dan perpaduan dalam menentang parti lawan.

"Setiap Adun PKR di Selangor harus menarik diri daripada sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara parti itu yang turut dipersetuju Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Terdahulu, PKR menegaskan tetap akan menghantar nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut kepada Istana Selangor.

Jelas Rafizi, setiap Adun (PKR) harus menyokong keputusan parti untuk menamakan presiden parti sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar Selangor yang baharu.

"PKR dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara memilih Wan Azizah sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat sebagai menteri besar Selangor. Keputusan ini perlulah dihormati," katanya.

Pada masa sama, beliau turut memuji tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menolak cadangan PAS agar beliau dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya ucapkan tahniah kepada Nik Nazmi kerana menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap Wan Azizah," katanya.

Pada Khamis, Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berpendapat Nik Nazmi adalah calon yang sesuai bagi jawatan tersebut kerana beliau merupakan seorang calon yang muda dan mampu memimpin dengan baik.

Bagaimanapun, Nik Nazmi menolak cadangan tersebut dan tetap menyokong pencalonan Wan Azizah untuk dilantik ke jawatan tersebut. -mStar

-UnReportedNews™®

Thursday, 7 August 2014

TAN SRI KHALID AKAN BERHADAPAN LEMBAGA DISPLIN PKR


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diheret untuk memberi keterangan dalam sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR, jam 3 petang, Jumaat.

“Sekiranya masa dan tarikh tersebut tidak sesuai, Lembaga Disiplin turut mencadangkan masa dan tarikh lain iaitu sebelum jam 12 tengah hari pada 9hb Ogos 2014 (Sabtu),”kata Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam kenyataannya hari ini.

Dr Tan menambah, kehadiran Khalid penting untuk menjawab enam pertuduhan, iaitu satu berkaitan dengan kenyataan media dan lima pula berkaitan dengan polisi kerajaan negeri.

“Selain isu kenyataan media yang dibuat Tan Sri Khalid pada 22 Julai 2014, beliau turut akan diminta memberikan penjelasan berkenaan perkara-perkara berikut; Penstrukturan Air Selangor, Elaun Baru Menteri Besar Selangor, Kenaikan Cukai bagi Lesen Perniagaan, Pinjaman YAB Tan Sri Khalid dengan Bank Islam dan Cadangan Lebuhraya Baru KIDEX,” katanya.

Kelima-lima pertuduhan berkaitan dengan polisi kerajaan negeri pimpinan Khalid hampir sama dengan memo setebal 24 muka surat, bertarikh 4 Ogos yang disediakan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail.

Jawapan Khalid yang mendakwa surat yang Lembaga Disiplin parti bertarikh 5 Ogos tidak sah kerana mengandungi beberapa kecacatan dibidas oleh Naib Presiden PKR, N. Surendran.

“Saya rujuk kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim yang berkata surat tunjuk sebab yang dihantar KEADILAN kepada beliau tidak spesifik dan cacat. Kritikan Tan Sri Khalid itu langsung tidak berasas.

“Keadilan prosedur cuma memerlukan tuduhan terhadap seseorang anggota parti dinyatakan dengan jelas di dalam surat tunjuk sebab. Ini telah pun dilakukan. Tuduhan yang terkandung dalam surat bertarikh 5 Ogos 2014 menyatakan bahawa Tan Sri Khalid telah mengeluarkan kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat untuk mencalonkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

“Oleh itu tidak timbul soal keraguan atau tiada butir-butir relevan seperti yang didakwa Tan Sri Khalid. Surat tersebut memberi beliau peluang untuk menjelaskan tindakan beliau, seperti yang diperlukan keadilan asasi (natural justice). Tidak ada keperluan untuk menyatakan klausa spesifik dalam perlembagaan parti di dalam surat tunjuk sebab seperti yang didakwa beliau,” kata N Surendran.

Pengarah Strtaegi PKR, Rafizi Ramli pula mengasak Khalid berkaitan isu hutang dengan Bank Islam dan perkaitan dengan urus niaga bersama Ecoworld Berhad.

Rafizi menyenaraikan semula enam perkara perkaitan itu seperti berikut :

1. Pada 13 Februari 2014 iaitu 2 minggu selepas Kajang Move diumumkan, pendengaran kes rayuan tuntutan hutang Bank Islam terhadap YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di Mahkamah Persekutuan tidak diteruskan dan mahkamah dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak sedang merundingkan penyelesaian di luar mahkamah

2. Pada 26 Februari 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tiba-tiba mengumumkan bahawa satu MOU penstrukturan air telah ditandatangani di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan

3. Pada 19 Mac 2014, Tropicana Corporation Berhad mengumumkan bahawa ia telah menjual 308.72 ekar tanah yang dibelinya dari Kerajaan Selangor (dalam bulan April 2013) kepada Ecoworld Berhad. Ini bermakna sebanyak 308.72 ekar tanah milik Kerajaan Selangor akhirnya dipindahmilik ke syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf

4. Pada 25 Mac 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani satu lagi MOU dengan Ecoworld Berhad yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah Kerajaan Selangor yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Ecoworld Berhad

5. Pada 31 Mac 2014, Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah semasa pengurusan kes bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang berikutan penyelesaian di luar mahkamah yang telah dicapai

6. Pada 23 April 2014, Bank Islam memfailkan circular resolution kepada pemegang saham sebagai sebahagian dari peraturan Bursa Malaysia. Ia turut menyenaraikan perjalanan kes tuntutan baki hutang dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Circular resolution itu turut mengesahkan bahawa Bank Islam telah bersetuju menggugurkan tuntutan saman baki hutang dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun “peguam Bank Islam berpendapat Bank Islam mempunyai kes yang kuat terhadap lawan”

“Setiausaha Politik YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa Menteri Besar berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf beberapa kali untuk merundingkan penyelesaian kes hutang beliau.

“Tan Sri Rashid Manaf adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin dan seorang tokoh korporat yang menguasai Ecoworld dan diketahu rapat dengan Barisan Nasional,” kata Rafizi.

Justeru itu Rafizi mencabar Khalid untuk mendedahkan terma-terma perjanjian atau menyamannya sekiranya dakwaannya tidak benar.

“Dedahkan secara terbuka terma-terma perjanjian beliau dengan Bank Islam yang membolehkan beliau tidak perlu membayar hutang sebanyak RM70 juta secara tiba-tiba.

“Menjelaskan kenapa syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf mendapat manfaat beratus juta ringgit dari Kerajaan Negeri dalam tempoh sebulan selepas hutang beliau diselesaikan dengan Bank Islam dengan rundingan melalui Tan Sri Rashid Manaf.

“Jika pun beliau tidak bersedia untuk mendedahkan terma-terma perjanjian dengan Bank Islam, sepatutnya beliau failkan saman fitnah terhadap saya di dalam mahkamah sebelum membuat laporan kepada SPRM.

“Sehingga kini, beliau tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah terhadap saya atau Dato’ Saifuddin Nasution Ismail. Saya percaya ini kerana beliau tidak mahu memberi keterangan bersumpah di mahkamah mengenai perjanjian rahsia beliau dengan Bank Islam.

“Jika beliau tidak ada apa-apa yang disembunyikan, maka beliau sewajarnya mendedahkannya atau menyaman saya di mahkamah sebelum berakhirnya hari Jumaat esok,” kata Rafizi lagi.

Selangor Dalam Bahaya Jika Saya Disingkir, Khalid Jawab Surat Tunjuk Sebab PKR-AIDCNews  

-UnReportedNews™®

Friday, 23 August 2013

MC PALSU ANWAR TELAH "DI URUS" OLEH RAFIZI? OPSSSS CHEGUBARD?!

-BEKAS PEGUAM ANWAR TELAH MENYERAHKAN BUKTI SIJIL SAKIT ANWAR IBRAHIM KEPADA WAKIL PEJABAT PEGUAM NEGERA & DIFAHAMKAN BUKTI PALSU TELAH DIURUSKAN OLEH RAFIZI ATAS ARAHAN ANWAR! KANTOI? KEKEKE!!!-

Di bawah adalah entri bro Minaq Jinggo :

Yuktes hari ini telah menyerahkan bukti sijil sakit palsu Anwar Ibrahim kepada wakil Pejabat Peguam Negara. Menurut Yuktes sijil tersebut adalah palsu dan telah diuruskan oleh Rafizi atas arahan Anwar.

Yuktes akan mengadakan perjumpaan dengan kedutaan asing bagi menerangkan apa yang sebenarnya berlaku dalam kes liwat Anwar / Saiful Bukhari dalam masa terdekat ini. seterusnya

Untuk rekod, Yuktes Vijay adalah salah seorang daripada peguam Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari. 

Yuktes berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar.

Beliau telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.

Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.

Yuktes memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya. seterusnya 

Semasa Yuktes menjadi pembantu Sankara, dia salah seorang individu yang dapat memasuki email ‘Asto Boy’ dan dapat mengetahui maklumat-maklumat dalaman yang dibincangkan secara tertutup.

Jika kod nama ‘Mokhtar’ diambil sempena nama pengawal peribadi Anwar, maka kod 'Astro Boy’ pula diambil bersempena dengan nama watak kartun Jepun yang disiarkan di media elektronik Malaysia. seterusnya 

Lihat video pendedahan di bawah:


Video : Pendedahan Yuktes Vijay

MiM mudah. Beranikah Rafizi menjawab pendedahan Yuktes tentang MC itu atau diam membisu kerana termalu menipu? - Dr MiM



-UnReportedNews™®

Friday, 19 July 2013

RAFIZI TAKDE TELOR SEBUT NAMA BOS SPR LUAR PARLIMEN!

-DAKWAAN RAFIZI TERHADAP PENGERUSI SPR TAN AZIZ YUSUF YANG KONONNYA AZIZ MENGENALI PEMBEKAL DAKWAT KEKAL PRU-13 SEMASA SESI PARLIMEN BARU-BARU INI HANYA DILIHAT USAHA MENEMBAK DENGAN “PELURU KOSONG” SAHAJA! APAKAH LIDAH RAFIZI BAGAIKAN TERKELU BILA NAK MENYEBUT NAMA AZIZ ID LUAR PARLIMEN?! KEKEKE!!!-

Sesi pertama Dewan Rakyat selepas pilihanraya umum ke 13 berakhir petang Khamis selepas 16 hari bersidang.

Seperti dijangka isu pembangkang yang geram kalah dan dakwaannya untuk menjejaskan kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menguasai ' tembak menembak' dengan Ahli Parlimen BN.

Malah sidang hari akhir diwarnai oleh kehangatan kalangan Ahli Parlimen BN mempertikaikan dakwaan Ahli Parlimen PKR kawasan Pandan Rafizi Ramli yang asalnya mendakwa Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Omar mempunyai hubungan rapat dengan syarikat pembekal dakwat kekal.

Mereka menghentam Pengarah Strategi PKR itu kerana dakwanya tidak berani mengulangi dakwaan di luar sidang Dewan Rakyat dengan secara spesifik menyebut nama orang nombor satu dan dua SPR itu.

Dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen Rafizi hanya merujuk mereka sebagai ' pimpinan SPR'.

Menurut mereka tanpa berbuat demikian Rafizi cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan membuat dakwaan tidak berasas.

Bagi mereka kalau Rafizi berani beliau harus ulang secara spesifik nama mereka berdua di luar dewan.

Ahli Parlimen BN Johor Bharu Tan Sri Shahrir Samad yang juga Pengerusi BNBBC Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican dan Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar telah mengadakan sidang akhbar bersama mempertikaikan tindak tanduknya di lobi parlimen sejurus sebelum sidang berakhir.

Kata mereka dimana bukti untuk menyokong dakwaannya Aziz dan Wan Ahmad ada kaitan dengan pemilik syarikat pembekal yang disebut dalam dakwaannya.

Mereka berpendapat isu ini serius kerana ia melibatkan kewibawaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.

Kontroversi timbul bila dalam perbahasan dalam sidang Ahli Parlimen pembangkang itu Selasa lalu mendakwa Aziz dan Wan Ahmad mempunyai hubungan dengan rapat dengan syarikat pembekal dakwat kekal.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin menegur Rafizi menyebut  ahli SPR yang tidak dapat mempertahankan diri dalam sidang Dewan Rakyat.

Beliau mengingatkan ia  melanggar peruntukan Peraturan Tetap 36(8) yang antara lainnya menghalang ahli Dewan daripada menyebut ahli SPR tersebut, kecuali dengan usul khusus bagi tujuan tersebut.

Pandikar Amin meminta Rafizi diminta mengulangi dakwaan tersebut di luar Dewan bagi membolehkan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, yang disebut oleh Rafizi, mendapatkan keadilan.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.

Hal ini timbul bila Reezal mahu Rafizi dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan atas dakwaan tersebut.

Pandikar Amin menolak usul Reezal Merican yang mahu merujuk Rafizi ke jawatankuasa berkenaan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (12).

Sementara itu sidang hari akhir Dewan Rakyat Khamis turut dihangatkan dengan usul pembangkang untuk  merujuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akuan mencecah RM332 juta di luar negara termasuk di Israel, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Bagaimananya usul itu ditolak melalui undian belah bahagian, 107 anggota parlimen tidak menyokong usul itu manakala 60 menyokong.

Kalangan Ahli Parlimen BN yang berbahas menegaskan dalam kenyataanya Liang hanya meminta agar siasatan dibuat keatas dakwaan yang wujud di laman-laman blog dan bukan bersifat satu dakwaan.

Ahli Parlimen pembangkang pula mempertikaikan kenyataan Liang yang berkata dakwaan itu wujud dalam laman Wikileaks sedangkan tidak.

Usul itu dibawa oleh Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) apabila Liang membuat dakwaan tersebut semasa sesi pebahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Liang menegaskan hujahnya itu berkaitan dengan soal keselamatan negara memandangkan adanya petanda kuasa dari luar mahu campur tangan dalam sistem politik Malaysia.

Sementara itu, sebelum menangguhkan mesyuarat pertama penggal pertama parlimen ke-13 pada 4.35 petang ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melahirkan rasa puas hati terhadap penglibatan anggota parlimen kerajaan dan pembangkang yang menampakkan kebijaksaan dan kematangan ketika membahaskan isu-isu berbangkit.

"Sesungguhnya, mesyuarat penggal ini sedikit sebanyak telah mula menyaksikan bibit-bibit perubahan.

"Semoga transformasi ini akan terus dikekalkan pada sesi mesyuarat-mesyuarat akan datang untuk sama-sama kita memartabatkan Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi yang dibanggakan," katanya.

Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 berlangsung selama 16 hari bermula 25 Jun lepas.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan ke tarikh yang tidak ditetapkan. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 17 July 2013

RAFIZI TENGAH "MASAK KUIH" RAYA KER?

-PERSOALAN "KENAPA FITNAH SAYA BEGINI?" OLEH PENGERUSI SPR TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF MUNGKIN DITUJUKAN KEPADA AHLI PARLIMEN PANDA RAFIZI RAMLI YANG MENDAKWANYA ADALAH KENALAN RAPAT PEMBEKAL DAKWAT KEKAL! SEDAP KE "KUIH" YANG DIMASAK RAFIZI TU? KEKEKE!!!-

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya.

“Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad (Wan Omar).

“Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia,” katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini.

Rafizi hari ini mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah ‘rakan rapat’ pemimpin tertinggi SPR.

Beliau berkata kontrak kepada Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan Singapura, diberi secara rundingan terus.

Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya ke-13,

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada PRU13 berikutan ia mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya dan pembangkang menjadikannya sebagai antara punca penipuan undi.  (sumber

Dalam pada itu, mStar melaporkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa seorang ahli perniagaan menerima kontrak bagi membekalkan dakwat kekal untuk pilihan raya umum walaupun mempunyai hubungan "yang rapat" dengan ketua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan timbalannya.

Beliau mempersoalkan SPR jika benar ahli perniagaan Mohd Salleh Mohd Ali merupakan pembekal dakwat kekal untuk PRU-13.

"Saya menyeru kepada Arau (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim) untuk mengesahkan maklumat saya mengenai perkara ini.

"Ini adalah maklumat dalaman dari SPR," katanya kepada Parlimen ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 (2012) semasa bacaan kedua.

Rafizi mendakwa Mohd Salleh juga telah diberikan kontrak untuk beberapa projek yang melibatkan Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Datuk Seri Reezal Merican (BN - Kepala Batas) kemudian mempersoalkan dakwaan Rafizi dan menegaskan bahawa amalan rundingan secara terus "bukanlah sesuatu yang baru."

"Ia juga diamalkan apabila Permatang Pauh (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan. Saya bertanya ini dengan niat baik," kata beliau.

Rafizi berkata kontrak untuk membekalkan dakwat kekal boleh diberi melalui tender terbuka bagi mendapatkan nilai yang terbaik.

Dalam jawapan kepada Rafizi, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, terdapat beberapa item PRU-13 yang terpaksa diambil daripada pembekal tempatan.

"Ini dikategorikan sebagai keperluan segera. Kerajaan akan mengambil tindakan supaya rundingan secara terus dapat dikurangkan," katanya.

Mengenai kos pembinaan enam buah kampus baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Rafizi mendakwa bahawa kos semasa adalah RM8.3 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta.

"Walau bagaimanapun, ini adalah empat kali ganda lebih mahal daripada jika kontrak dianugerahkan berdasarkan tender terbuka," katanya.

Tuntutan Rafizi itu kemudiannya dibidas oleh ahli Parlimen Barisan Nasional seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN - Kinabatangan) yang memanggilnya "peniup trumpet" kerana 'meniupkan' isu ini.

Datuk Seri Azalina Othman (BN - Pengerang) menuduh Rafizi memanipulasi fakta dan beliau mampu untuk membuat tuduhan itu kerana beliau telah pun tamat pengajian.

"Dia tidak sedar bahawa ramai belia Malaysia mahu masuk UiTM dan terdapat keperluan untuk membina lebih kampus kerana ia tidak mencukupi," katanya. 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 9 July 2013

RAFIZI "TERBELIT" DIRI SENDIRI DI PARLIMEN

-PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH, GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA, MP PANDAN BERCABANG LIDAH, NAMUN TERKEDU DIHENTAM TOK PA'! KEKEKE!!!-

Rafizi Ramli kantoi lagi. Bukan itu saja bahkan ahli Parlimen PKR kawasan Pandan, Selangor itu juga ‘terkedu’ kena penangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada mulanya Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR mencelah Mustapa yang berucap menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong mendakwa tindakan kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat menyebabkan kenaikan harga model lain selain jejaskan kualiti kereta.

Tidak berpuashati dengan jawapan menteri itu, Rafizi juga mendakwa tindakan itu menurunkan harga kereta menyebabkan ada gaji pekerja syarikat kenderaan turut diturunkan.

Bagaimanapun, Mustapa menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Beliau kemudian mencabar Rafizi mengemukakan bukti tetapi pemimpin pembangkang itu gagal menyatakan syarikat mana yang menurunkan gaji pekerja berikutan penurunan harga kenderaan yang dikeluarkan.

Menyedari Rafizi masih tidak menyahut cabarannya, Mustapa terus mendesak Rafizi memberikan bukti.

“Kami tidak ada terima laporan bahawa selepas Proton atau Perodua atau Nissan atau Mazda turunkan harga, gaji (pekerja) diturunkan. Kalau Pandan (Rafizi) ada maklumat, sila berikan kepada saya. Saya nak tahu syarikat yang potong gaji”.

“Kita juga tak terima laporan ada syarikat yang kurangkan harga kereta tetapi naikkan model lain, begitu juga laporan bahawa syarikat yang turunkan tetapi potong bonus,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Rafizi menyerahkan bukti bagi membolehkan kerajaan menyiasat dakwaan tersebut.

Melihat Rafizi gagal memberi bukti, Mustapa berkata dakwaan itu serius dan beliau ingin tahu supaya kes tersebut boleh dirujuk kepada Tribunal Pengguna.

“Ini satu dakwaan yang berat terhadap syarikat. Saya minta Pandan beri bukti,” katanya yang mendapat tepukan meja tanda sokongan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selepas Rafizi terus membisu.

Di luar Dewan, ada ahli-ahli Parlimen yang mendengar ‘perdebatan’ Mustapa dan Rafizi percaya ahli Parlimen PKR itu hanya membangkitkan isu tersebut tanpa bukti kukuh.

Ini kerana Rafizi sebelum ini didapati kerap menimbulkan beberapa isu tetapi gagal mengemukakan bukti malah beliau ‘kantoi’ apabila dakwaannya didapati tidak betul dan kurang tepat.

Dalam isu harga kenderaan, Rafizi main dengan macam-macam ‘matematik’ bagi gambarkan kerajaan gagal turunkan harga kereta sehingga 30 peratus.

Kerajaan sudah menurunkan harga kenderaan secara berperingkat bagi mengelak industri kereta terpakai terjejas teruk jika penurunan mendadak. (sumber

PS: Puak pembangkang ni bukannya boleh layan sangat. Saja nak buang masa di Parlimen, cariklah arguement yang membawa pembangunan, setakat main "rejam" macam tu, anak Abangda pun boleh buat .. Di turun harga salah, tak turun salah, macam sendiri bagus sangat .. Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Friday, 21 June 2013

BLACK505: RAFIZI & CHE'GUBARD, KO BERDUA JANGAN NAK MAIN-MAIN DENGAN NYAWA ORANG!

-SEEKOR CAKAP TAKDE RANCANGAN NAK BERHIMPUN HINGGA SESSI PARLIMEN KE13, ISNIN DEPAN TAPI YANG SEEKOR LAGI CAKAP BAWAK BEKALAN SIAP DENGAN PERALATAN PERKHEMAHAN LAGI TU? NATE MANER YANG KECE BETUL NI? KEKEKE!!!-

Perhimpunan Black505 di Padang Merbok akan diteruskan tetapi tiada sebarang rancangan untuk terus berhimpun di lokasi tersebut sehingga sesi Parlimen Ke-13 bermula Isnin depan, kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.

Beliau berkata tiada arahan daripada Pakatan Rakyat meminta peserta perhimpunan untuk terus berhimpun di Padang Merbok sehingga Parlimen dibuka semula bagi penggal baru selepas Pilihan Raya Umum, 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, Rafizi mengakui beliau tidak pasti mengenai arahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian dalam perhimpunan pada Sabtu.

"Seperti yang kita sedia sedia maklum, tiada sebarang arahan daripada Pakatan kepada peserta untuk terus berhimpun sehingga Isnin.

"Namun saya tidak pasti mengenai arahan diberikan oleh NGO lain yang terlibat," katanya ketika dihubungi mStar sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai tahap kesihatan peserta perhimpunan yang perlu diambil kira dalam keadaan jerebu teruk, Rafizi berkata pihak penganjur telah menyediakan pasukan perubatan di lokasi tersebut.

"Kita tidak melihat sebarang keperluan untuk membatalkan perhimpunan itu kerana keadaan jerebu di Kuala Lumpur tidak serius.

"Kita menasihatkan para peserta untuk membawa beberapa botol air dan memakai penutup hidung jika perlu," katanya.

Rafizi berkata Pakatan menasihatkan para peserta perhimpunan untuk berkumpul pada tengah hari sebelum berarak ke Padang Merbok.

"Kami menasihatkan orang ramai untuk berkumpul pada pukul 12 tengah hari di tujuh lokasi yang ditetapkan. Kemudian mereka akan mula berarak ke Padang Merbok pada pukul 2 petang.

"Kami menjangka perhimpunan itu akan bermula kira-kira pukul 3 petang di Padang Merbok.

"Terdahulu kami akan meninggalkan padang pada pukul 6 petang kerana acara larian Olimpik 2013. Kini, tiada masalah, kami menjangka perhimpunan itu akan bermula pukul 3 petang dan akan berlangsung selama dua atau tiga jam," katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencadangkan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka tetapi Rafizi tetap mahu ia diadakan di Padang Merbok.

Pakatan menetapkan tujuh lokasi utama untuk orang ramai berkumpul sebelum berarak ke Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk perhimpunan Black505.

Tujuh lokasi itu termasuk Brickfields, Masjid Negara, Pudu, Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat PAS), Universiti Malaya, pusat beli belah Sogo dan Pekeliling.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad memberi amaran kepada pihak penganjur bahawa tindakan akan diambil ke atas mereka jika tetap ingin mengadakan perhimpunan itu tanpa permit.

Difahamkan beberapa pemimpin Pakatan tidak berminat untuk menyertai perhimpunan itu kerana mereka tidak mahu menanggung risiko kehilangan jawatan sekiranya didenda melebihi RM2,000 kerana melanggar undang-undang.

Bah! Lain pula cadangan si Che'gubard pulak!

Lain Kali Ini Pasti Berbeza: Sedia Untuk Lebih Dari Sehari. Oleh CHE'GUBARD

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku penggerak Gabungan NGO #SuaraRakyat505 yang juga terlibat secara langsung dalam kemuncak #Black505 22 Jun 2013 di Padang Merbok menegaskan;

1. Himpunan akan tetap diteruskan secara aman dan terancang seperti yang dijadualkan.

2. Semua pihak jangan gundah gulana kerana himpunan mega ini bukan bertujuan untuk guling kerajaan sebaliknya tujuan utama himpunan ini untuk desak SPR yang menjadi dalang penipuan pilihanraya harus letak jawatan dan hadapkan ke muka pengadilan kerana penipuannya. Namun jika regim itu lemah sangat dan terguling dgn sendirinya itu bukan salah kita.

3. Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum secara terbuka untuk elak prasangka. Maka semua dijemput hadir ke dewan perhimpunan KLSCAH pada 21Jun ini (8.30mlm) untuk taklimat akhir menjelang esoknya himpunan besar. Pimpinan utama parti politik dan NGO turut hadir menyampaikan taklimat dan pedoman penting.

Ye ke bantahan secara aman? Apa yang si Khalid Syiah tweet ni?
Nak menumbangkan kobau kat rumah Tok Wan engko ke ? Kekeke!!!
4. SAMM juga mengakui akan bersama beberapa kumpulan anak muda telah merancang untuk melanjutkan protes bantahan ini secara aman dengan berkhemah seramai mungkin. Semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara.

5. Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya tarikh 24Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen malaysia mengangkat sumpah. SAMM menyediakan 150 khemah sebagai kemudahan, turut menggesa orang ramai turut hadir membawa kelengkapan untuk bermalam seperti khemah dan 'sleeping bag'.

Ayuh semua anak muda kita turun bersama mencipta sejarah mengambil semula kemenangan rakyat dan kedaulatan negara.

-UnReportedNews™®

Sunday, 19 May 2013

ANWAR BOLEH JALANLAH!

-BERIKUTAN DESAKAN PAKATAN AGAR KETUA SPR MELETAK JAWATAN! WAHAI ORANG TUA PELIK, KO INGAT SPR NI KESATUAN PENDUDUK NAK LEPAS-LEPAS JAWATAN? YANG KAU DAH BERJANJI NAK BERSARA TU BILA LAGI? TERIMALAH KEKALAHAN, RAKYAT DAH BUAT PILIHAN! LAIN KALI LAH! KEKEKE!!!-

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan tunduk kepada desakan pembangkang yang mahu dua orang kuatnya melepaskan jawatan hanya kerana keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak memihak pakatan itu. 

Sambil menyifatkan desakan itu sebagai tindakan dangkal serta tidak menghormati badan pengendali pilihan raya yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang dipetik oleh Berita Harian Online sebagai berkata PRU-13 turut diiktiraf oleh pihak antarabangsa.

Tiada alasan untuk SPR tunduk kepada desakan pembangkang, kita bukan persatuan penduduk atau persatuan bola sepak. Bila (pasukan bola sepak) kalah saja, desak pemimpinnya untuk letak jawatan. SPR badan yang dilantik mengikut Perlembagaan, seluruh dunia iktiraf PRU-13, yang tak setuju hanya pembangkang. 

Ambil tindakan mahkamah, Jika tak puas hati dengan keputusan pilihan raya, ambillah tindakan mahkamah... jadilah pemimpin bertanggungjawab, tunjuk teladan baik kepada rakyat, hormat undang-undang dan keputusan rakyat. Rakyat tahu siapa betul dan siapa tak betul. 

Dunggu Pakatan Dek Anwar Ibrahim! Kekeke!!!
Bagi saya, pembangkang lebih kepada kelirukan penyokongnya sendiri kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya, katanya ketika dihubungi BH, semalam. 

Tiga hari selepas PRU-13 pada 5 Mei lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin parti sekutunya menjelajah ke seluruh negara mengadakan perhimpunan haram membantah keputusan pilihan raya selain cuba menimbulkan persepsi bahawa wujud penipuan dalam proses pemilihan itu. 

Kelmarin, Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli pula menggesa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad melepaskan jawatan dalam suruhanjaya itu atas alasan sama. 

Mengenai tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilantik sebagai pemerhati PRU-13 oleh SPR, menggunakan forum politik bagi mengkritiknya, Wan Ahmad berkata, tidak adil NGO terbabit mengkritik tanpa mengundang SPR bagi memberi penjelasan terhadap isu dibangkitkan mereka.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 24 April 2013

PRU-13 SARAWAK: JAWAPAN KEPADA STATUS MENGENAI MDB YANG DI"SHARE" CALON PKR PETRA JAYA AHMAD NAZIB DIFACEBOOKNYA!

-KETUA AMK SARAWAK & CALON PKR PETRA JAYA AHMAD NAZIB MENG"SHARE" STATUS PAKATAN HARAPAN RAKYAT MENGENAI DAKWAAN PENGARAH STRATEGI PKR RAFIZI RAMLI MENGENAI YANG KONONNYA PM NAJIB TELAH MEMINDAH RM7 BILLION WANG 1MDB KE AKAUN SULIT CAYMAN ISLAND! MORAL OF THE STORY, JANGAN "SIMPLY-SHARE" JIKA TAK TAHU HUJUNG-PANGKAL! KEKEKE!!!-

Baseless allegations as elections ploy

Media statement by 1MDB issued by Corporate Communications Department on 23 April 2013

1MDB’s funds are safe and will be used for strategic investments for sustainable returns

1Malaysia Development Berhad (1MDB) firmly states that the US$2.318 billion as stated in its audited accounts is safe.

These are proceeds and profits originating from its initial 1MDB-PetroSaudi International joint venture. This fact is clearly reported in the company’s audited account that is publicly available from the Companies Commission of Malaysia and has been independently audited by a global reputable and established firm.

1MDB regrets however that certain quarters with political agendas have hidden facts to persistently make baseless allegations. This is a smear campaign for their own intended benefit. The notion that these monies were put in Cayman Islands companies and will vanish is based on a lie perpetuated by these quarters and is completely absurd.

1MDB has earmarked the proceeds for investments in the near future. Pending that, these funds for cash management purposes are currently placed under regulated and licensed international fund managers managing Cayman Island based international standard fund structures.

Cayman Islands had in August 2009 joined the global OECD "white list" of countries using internationally recognised tax standards. OECD is the Organization for Economic Cooperation and Development which has set a benchmark for greater transparency and freer exchange of information to counter bank secrecy. Global reputable international funds and fund managers all manage Cayman Island based funds as it is an established and well regarded jurisdiction for set-up and management of funds.

1MDB is Government-owned and supported but driven by private sector thinking and practices. It strives to fulfill the aspiration of the Government with the agility of the private sector. Bonds raised are part of capital for the strategic initiatives it undertakes.

The recent US$3 billion capital raised is an integral part of the Government-to-Government collaboration between Malaysia and Abu Dhabi on a strategic partnership sealed on 12 March 2013 during the official visit by Abu Dhabi’s Crown Prince and Deputy Supreme Commander of the Armed Forces of the United Arab Emirates, His Highness General Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan. 

Both countries are committed to now kick-start the operations of this strategic RM18 billion partnership. Malaysia and Abu Dhabi has maintained a long standing economic partnership and the ADMIC initiative is no exception and independent of the elections and should not otherwise be misconstrued.

Various statements that have been quoted with respect to pricing and structure from unnamed sources in the media are inaccurate. 

As a prudent government owned entity, 1MDB considered all of its options (pricing, structure, investment bank, and others) in the recent financing and chose the optimal path in light of the various considerations. The company stressed that 1MDB opted for a private placement to ensure the timely completion of this economic initiative.

The proceeds from the US$3 billion capital raised will be utilised for investments in strategic and important high-impact projects like energy and strategic real estate which are vital to the long term-economic growth of both countries. 1MDB’s Tun Razak Exchange (TRX) is representative of the types of projects ADMIC is expected to invest in. 


-UnReportedNews™®

Saturday, 23 March 2013

JANJI PAKATAN TAK BOLEH PAKAI (VIDEO)

-LIMA TAHUN DAH KAMI PERMAINKAN, MEMANG TAK BOELH DIHARAP, MEMANG TAK BOLEH PAKAI! KEKEKE!!!-



Check-out video bawah ni yang di kirim "kawan" aku dari Kuala Lumpur: 


-UnReportedNews™®

RAFIZI TERLEPAS CAKAP ATAU BUAT-BUAT TERLEPAS KATA?

-SEMUA RAHSIA GELAP ANWAR IBRAHIM TERBONGKAR KERANA MENGAITKANNYA PROJEK IC DENGAN TUN MAHATHIR! NGAPA? TAK TAHAN LAGI DENGAN ANWAR KER? KEKEKE!!!-

Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.

Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.

Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.

Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.Dengan maklumat ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3. Kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?

Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno.

http://rafiziramli.com/2013/03/raja-muda-sulu-agbimudin-azzimuddie-kiram-adalah-rakyat-malaysia-kakitangan-awam/


Disini penulis nak tanya Rafizi yang tak habis-habis nak salah kan UMNO.

1.BILAKAH UMNO MASUK SABAH?

2.ADAKAH TUN MAHATHIR DAH JADI PERDANA MENTERI PADA TAHUN 1975?

3.ADAKAH MENJADI KESALAHAN KEPADA KERAJAAN JIKA SEORANG RAKYAT MALAYSIA MELEPASKAN KEWARGANEGARAANNYA UNTUK MENJADI RAKYAT NEGERI LAIN SEDANGKAN WAKIL RAKYAT DAP, PHEE BOON POH (ADUN SUNGAI PUYU) JUGA SEORANG PENDUDUK TETAP NEW ZEALAND SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA OLEH AKHBAR CINA?

Ini baru 3 soalan asas. Ada 20 lagi soalan yang akan menyusul sekiranya Rafizi dapat jawab soalan ini.

Diingatkan juga pada tahun 1975, Tun Dr. Mahathir hanyalah seorang Menteri Pelajaran (dari tahun 1974-1978). Sebelum itu, Tun Dr. Mahathir dilantik oleh Tun Abdul Razak sebagai Senator (1973) selepas kemasukan kembali beliau dalam UMNO pada tahun 1972. Pembaca harus mengikuti sejarah hidup Tun Mahathir untuk memastikan anda tidak ditipu oleh Rafizi yang buta sejarah.

UMNO pula memasuki Sabah pada tahun 1994. Pada 15 Julai 1975, Naib Presiden USNO, Haris Salleh dan Tun Fuad menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Tun Fuad (nama baru Donald Stephens yang memeluk Islam pada tahun 1971) kemudiannya meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri untuk memimpin BERJAYA. Ketika itu parti yang kuat di Sabah adalah USNO di bawah kepimpinan Tun Mustapha. Namun setelah wujudnya BERJAYA, pada pilihan raya negeri bulan April 1976, USNO memperoleh 20 kerusi dan BERJAYA mendapat 28 kerusi dan Tun Fuad dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah kali ke-2. Jadi penulis tak tahu dari buku sejarah mana Rafizi baca sehingga dia boleh mengaitkan UMNO dengan Azzimudie pada tahun 1975.

Itu baru permulaan. Oleh kerana Rafizi Ramli mengimbau sejarah tahun 1974-1975, Penulis ingin berkongsi dengan pembaca, SIAPA SEBENARNYA MUSUH NEGARA PADA TAHUN TERSEBUT. Bukan Azzimudie kerana dia adalah ADO ketika itu. Jika disemak dalam sejarah negara, peristiwa besar berlaku pada tahun tersebut adalah DEMONSTRASI BALING TAHUN 1974. Siapa dalang dalam demonstrasi tersebut?

Inilah gambar dalang yang mengkucar kacirkan negara sejak tahun 70an lagi. Lebih hina lagi, dalang di atas mereka cerita bahawa penduduk mati kelaparan kerana Kerajaan gagal membela nasib rakyat. Apabila disiasat oleh Zainuddin Maidin (wartawan Utusan Melayu ketika itu) ternyata kematian tersebut hanya fitnah semata-mata untuk membuatkan pelajar universiti marah kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada siasatan yang dilakukan pada 5/6/7 Januari 1975 setelah dijalankan operasi di sekitar daerah Baling hingga ke pendalaman Kampung Weng Dalam dan Tanjung Pari, tiada kedapatan seorang pun rakyat Baling mati kebulur. Penolong Perubatan Daerah Baling Dr Tan Ah Hock dalam laporannya mengakui memang ada faktor kemiskinan dikalangan rakyat tetapi untuk sampai ke tahap mati kebuluran dia menafikan dakwaan.

Jadi apa kaitan demonstrasi BALING dengan Tun Mahathir sebagai Menteri Pelajaran dalam permulaan artikel? Untuk makluman pembaca, Tun Dr. Mahathirlah pemimpin yang ditugaskan untuk menyiasat DEMONSTRASI BALING oleh Tun Razak sebagai Perdana Menteri ketika itu. Ini kerana ketika itu belum ada Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti dan Kolej Universiti terletak di bawah portfolio yang dijaga oleh Tun Mahathir.

Sebagai penutup, Penulis menggalakkan pembaca supaya mengkaji sejarah. Jika tahun 1975, kaji sejarah tahun tersebut. Jangan jadi macam Rafizi Ramli yang belajar sampai luar negara. Tetapi bila dapat dokumen tahun 1975, terus tuduh Tun Mahathir dan UMNO yang bersalah. Sedangkan ketika itu Tun Mahathir sedang sarat memikirkan bagaimana nak mengatasi masalah kekacauan, rusuhan dan demonstrasi yang ditimbulkan oleh dalang bernama Anwar Ibrahim. Penulis harap artikel ini dipanjang-panjangkan supaya lebih ramai rakyat tahu hakikat sebenar dan siapakah manusia bernama ANWAR BIN IBRAHIM!

*Sebar-sebarkan. Kalau boleh tanya balik Rafizi apa yang berlaku tahun 1975 dan siapakah musuh negara ketika itu? Adakah Azzimudie Kiram atau orang yang menfitnah Kerajaan bahawa rakyat Baling mati kebuluran? (sumber)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List